10 Perkara Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Membuat Permohonan Pengeluaran Akaun 1 KWSP

 

Seperti yang kita sedia maklum, pada April lalu KWSP telah memperkenalkan skim kemudahan iaitu i-Lestari yang membenarkan pencarum untuk membuat pengeluaran Akaun 2 sebanyak RM 500 sebulan selama tempoh 12 bulan.

Skim tersebut telah memberi manfaat kepada 2 juta pencarumnya untuk kegunaan di musim pandemik Covid-19 ini.

Kini, hasil permintaan ramai KWSP telah mengumumkan skim i-Sinar. Skim ini membolehkan pengeluaran wang Akaun 1 tetapi hanya untuk pencarum yang kehilangan kerja, diberi cuti tanpa gaji serta terjejas atau tiada sumber pendapatan.

Berikut merupakan perkara yang perlu anda tahu sebelum membuat permohonan pengeluaran.


10 Perkara yang anda wajib tahu sebelum membuat pengeluaran Akaun 1

  1. Ahli yang layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020
  2. Amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat.
  3. Pengkreditan pertama akan bermula pada Januari 2021.
  4. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan.
  5. Secara umum, ahli yang boleh mengakses 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM 100.
  6. Ahli yang mempunyai baki RM 90,000 dan ke bawah (Akaun 1), akan mempunyai akses sehingga RM 9,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertaama sehingga RM 4,000.
  7. Pencarum yang mempunyai baki simpanan KWSP Akaun 1 berjumlah melebihi RM 90,000, boleh mengeluarkan wang sehingga maksimum RM 60,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM 10,000.
  8. Ahli yang memohon kemudahan i-Sinar ini perlu menggantikan amaun yang telah didahulukan. Caruman baharu akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan yang diterima telah digantikan semula. Selepas itu, caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70% bagi Akaun 1 dan 30% bagi Akaun 2.
  9. Untuk menentukan amaun yang diperlukan untuk permohonan di bawah i-Sinar dan memastikan kelangsungan hidup semasa krisis, ahli digalakkan untuk mendapat nasihat kewangan melalui Pegawai Khidmat(KS) Nasihat Persaraan (RAS) KWSP / atau agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
  10. Maklumat lebih lanjut serta butiran terperinci akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

0 thoughts on “10 Perkara Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Membuat Permohonan Pengeluaran Akaun 1 KWSP”

  1. askum.. kpd pihak kwsp. knpa sy sbgai pncarum berptan 1100 tidak layak. wlaupn kmo msih mcarum. disini sy ingin jlaskn dgn gji yg xsbrpa adakh ckup mnpung k.i skrga. dgn pkp skrg sy ggal tuk mcri pkerjaan 4time sambilan demi tuk mnpung perbljaan kmi dgn gji rm1100 sbgai jwtan pemtong rumput. tidakh pihak kwsp mmkirkn akn bebenan derita kami tggung dimusim pkp ini??? mgpa mrumitkn sy dn tmbhkb mslh bbnan kami!

    Reply
  2. Oklah saya terpaksa terangkan kepada rakyat Malaysia.dari kerja semasa yang perlu saya lakukan untuk pembinaan masa depan saya.untuk yang sahut cabaran.untuk kerajaan.saya menolong mereka berusaha untuk membantu rakyat secara ikhlas.sya akan pergi dekat pejabat cawangan KWSP.

    Reply

Leave a Reply to Unknown Cancel reply