Selain daripada memohon secara online anda juga boleh membuat permohonan secara manual dengan menggunakan borang yang disediakan oleh LHDN...
Selain daripada memohon secara online anda juga boleh membuat permohonan secara manual dengan menggunakan borang yang disediakan oleh LHDN dan Kementerian Kewangan.
Permohonan Baru BPR
Terbuka kepada semua golongan yang tidak pernah menerima Bantuan Sara Hidup 2020 (BSH 2020) atau Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) yang mempunyai pendapatan RM 5,000 dan ke bawah bagi Kategori Isi Rumah.
Manakala, mempunyai pendapatan RM 2,500 dan ke bawah bagi Kategori Bujang.
Siapa Yang Layak Mohon Di Bawah Kategori Isi Rumah Dan Bujang ?
1) Kategori Isi Rumah
- Berkahwin (ada atau tiada anak).
- Ibu bapa tunggal/balu/janda/duda yang ada anak.
- Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 60 tahun dan ke atas.
2) Kategori Isi Rumah
- Bujang yang berumur 21 tahun ke atas.
- Ibu atau bapa tunggal/balu/janda/duda yang tiada anak.
- Orang Kurang Upaya (OKU) yang berumur 18 tahun sehingga 59 tahun.
Panduan Permohonan Secara Manual
- Anda perlu muat turun dan cetak borang permohonan tersebut. Dapatkan borang permohonan disini : https://bpr.hasil.gov.my/Download/Borang/BorangPermohonanBPR2021(BK-01).pdf
- Pada kolum 'Kategori Permohonan' anda perlu isikan nombor '1' untuk permohonan baharu.
- Anda perlu isi Bahagian A yang merangkumi maklumat peribadi, Bahagian B yang melibatkan maklumat pasangan, Bahagian C yang merangkumi maklumat anak, Bahagian D iaitu maklumat wakil dan Bahagian E yang merupakan perakuan pemohon. Anda haruslah masukkan maklumat yang sahih sahaja.
- Anda perlu tinggalkan atau jangan tulis di bahagian 'Akaun Penerimaan BPR' dan 'Untuk Kegunaan Pejabat'.
- Borang permohonan haruslah ditulis dengan SEMUA HURUF BESAR dan boleh dihantar terus cawangan LHDNM / UTC berdekatan anda.
Permohonan Kemaskini BPR
Terbuka kepada semua golongan yang pernah menerima Bantuan Sara Hidup 2020 (BSH 2020) atau Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) yang mempunyai pendapatan RM 5,000 dan ke bawah bagi Kategori Isi Rumah.
Anda Perlu Membuat Kemaskini Sekiranya
1. Status Perkahwinan berubah
Sebagai contoh, jika dahulu anda bujang semasa menerima BSH 2020 dan BPN 2.0 tetapi kini anda telah berkahwin. Anda perlu membuat kemaskini.
Begitu juga kepada pemohon yang status perkahwinan berubah daripada berkahwin kepada bercerai / kematian pasangan.
2. Penambahan anak
Jika dahulu sewaktu BSH 2020 dan BPN 2.0 anda hanya mempunyai seorang anak tetapi kini telah bertambah kepada dua orang anak. Anda juga perlu membuat kemaskini.
3. Perubahan nombor telefon
4. Perubahan akaun bank
Jika dulu anda menggunakan Bank Islam tetapi kini anda telah menggunakan Maybank. Anda perlu melakukan kemaskini.
Panduan Kemaskini Secara Manual
- Anda perlu muat turun dan cetak borang kemaskini tersebut. Dapatkan borang permohonan disini : https://bpr.hasil.gov.my/Download/Borang/BorangPermohonanBPR2021(BK-01).pdf
- Pada kolum 'Kategori Permohonan' anda perlu isikan nombor '2' untuk kemaskini.
- Anda hanya perlu kemaskini sekiranya terdapat perubahan maklumat seperti yang dijelaskan
- Anda perlu tinggalkan atau jangan tulis di bahagian 'Akaun Penerimaan BPR' dan 'Untuk Kegunaan Pejabat'.
- Borang permohonan haruslah ditulis dengan SEMUA HURUF BESAR dan boleh dihantar terus cawangan LHDNM / UTC berdekatan anda.

Bila dpt bantuan bpr
BalasPadamKalau tiada perubahan adakah perlu buat kemas kini...
BalasPadamMaaf sya juga tanya soalan yg sama seperti yg diatas
PadamSaya mempunyai 2orang anak tapi kenapa dalam semakkan saya mempunyai 1 orang anak.perlu saya menghantar semula salinan surat beranak sekira nya telah mengisi di ruangan anak
BalasPadamPerlu..
PadamKnp sy masih blm dpt bpn lg...padahal dah lulus ....mcm mna nak check bila masuk dlm account?
BalasPadamKena check kat LHDN..
PadamNama dalam bsh perlu kah kemaa kini bpr statusnya masih sama
BalasPadamKemaskini yg dahulu nye tetap sama n tiada perubahan
BalasPadamSy ada membuat permohonan baru utk bpr, tp tdk dpt dwload dokumen sokongan, boleh sy hantar dokumen sokongan ke lhdn
BalasPadamsy x de suami dia ikut perampuan lain. sy ade 2 ank. x pi sy x dpt bantuan... x boleh buat kemaskini
BalasPadamAllahuakbar
BalasPadamKalau yang tiada akaun bank mcm mna...sebab ada update dia ttp mnta akaun bank...
BalasPadamBorang kemaskini maklumat di mana nak hantar?
BalasPadamOk
BalasPadamKalau tak ada apa2 yg nk update kena isi jugak ke..atau tidak perlu sekadar bertanya tq
BalasPadamBgaimana cara membuat permohonan baru,sbb x prnh memohon
BalasPadamUntuk yang. Menggunakan acc maybank memamg lambat ke
BalasPadamMacam mana kalau untuk bantuan ibu tunggal ?
BalasPadamYg tiada perubahan ape2 perlu kemaskini juga ke
BalasPadamSaya ade isi kemaskini borang on9.. Sy ada ank 3 org.. Y sulung brumur 19 taun pd taun ini... Tp nm dye xbole msuk.. Kataya tidak layak... Knp ye.. Bole trangkn.. Terima kasih
BalasPadamSTATUS SAYA BERKAHWIN DAN MEMPUNYAI SEORANG ANAK.
BalasPadamSEJAK TIGA TAHUN LALU SAYA DAN SUAMI DAH TAK TINGGAL SEBUMBUNG LAGI TETAPI SAYA TIDAK DILEPASKAN. ANAK ADA DGN SAYA.MCM MANA DGN PERMOHONAN SAYA? SEBAB KEMASKINI NAK UPLOAD SIJIL CERAI ATAU PUN SURAT MATI..
PERMOHONAN YG SEBELUM NI
Saya k tnye m,Bpn m40 bujang bank BSN bila bole masok acc ba ye
BalasPadamSaya nk tnye bpn m40 bujang bank BSN bila di cridjt kn yek
BalasPadamMcm saya,tiada apa² perubahan.Kena kemaskini ataupun tidak
BalasPadamSaya penerima bsh dan bpn, ada saya nak megisi borang semula
BalasPadamSays penerima bsh dan bpn, perlukah sata mengisi borang semula
BalasPadamStatus lulus,
BalasPadamTapi sy lupa kata laluan dan soalan keselamatan. Mcmana mahu kemaskini ya???
Nk hubungi 1800882747 tak dapat Ada lagi tak yg saya boleh hubungi.
BalasPadamXde akaun bank mcm mna???
BalasPadamKategori bujang kenapa baki bpn2.0 belum dapat lagi
BalasPadamSy mohon bpn status kahwin tapi tahun 2020 bayaran ikut status bujang hingga sekarang
BalasPadam