Anda ingin tahu tentang tarikh pembayaran i-Lestari Bulan Februari 2021 ? Kita sudah sedia maklum bahawa RM 500 sebulan daripada pengelu...
Anda ingin tahu tentang tarikh pembayaran i-Lestari Bulan Februari 2021 ? Kita sudah sedia maklum bahawa RM 500 sebulan daripada pengeluaran i-Lestari ini sangat berguna kepada penerima untuk menampung kos sara hidup.
Berdasarkan maklumat daripada KWSP, tarikh bayaran i-Lestari bulan Januari bermula daripada 2 Februari 2021. Ramai yang sudah menerima bayaran i-Lestari bagi bulan Januari 2020.
Jadual Pembayaran i-Lestari
Sebelum membuat semakan pembayaran i-Lestari, adalah lebih baik jika anda memahami dahulu jadual pembayaran di bawah ini :
Sebelum membuat semakan pembayaran i-Lestari, adalah lebih baik jika anda memahami dahulu jadual pembayaran di bawah ini :
- Bayaran pengeluaran akan dimajukan ke bank bermula 2-15 Februari 2021 secara berperingkat.
- Anda perlu berhubung terus dengan pihak KWSP jika akaun bank anda tidak aktif atau dibekukan.
- Jika pada 1 Januari, anda belum masih menerima pembayaran bermakna pihak KWSP membuat pembayaran secara berperingkat dan anda perlu tunggu beberapa hari lagi.
Cara Semakan Status Pembayaran i-Lestari Secara Online
- Anda perlu layari laman web rasmi i-Lestari secara online melalui pautan yang diberikan disebelah https://ilestari.kwsp.gov.my/check-status.php
- Anda perlu memasukkan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon Bimbit yang disahkan.
- Klik captcha "saya bukan robot" dan klik butang semak.
Cara Pembatalan Pengeluaran i-Lestari
- Maklumat permohonan pengeluaran i-Lestari terdahulu tidak akan dipaparkan,
- Anda perlu memastikan mempunyai maklumat permohonan pengeluaran terdahulu sebagai rujukan.
- Bayaran bulanan akan terus terhenti dengan pembatalan.
- Sekiranya kaedah bayaran semasa adalah Arahan Bayaran, pembatalan boleh dilakukan di Kaunter KWSP melalui Janji Temu Online.
- Jika anda ingin membuat permohonan semula setelah pembatalan, permohonan semula i-Lestari boleh dibuat pada hari berikutnya setelah pembatalan.
- PEMBATALAN PENGELUARAN i-LESTARI

COMMENTS