Dua bantuan besar dibayar selewat-lewatnya penghujung November ini. Sila semak dua bantuan penting tersebut beserta jumlah pembayaran
Pembayaran bantuan kerajaan untuk bulan November dimulakan dengan pembayaran i-Citra pada 1 November lalu. Namun begitu, rakyat masih menunggu dua pembayaran bantuan yang boleh dikatakan penting dan jumlah penerimanya banyak.
Dua bantuan tersebut memang sudah disahkan akan dibayar pada November ini. Tetapi sehingga kini kemas kini tarikh pembayaran belum dikeluarkan oleh Kerajaan.
Oleh yang demikian, kami menjangka bahawa pembayaran bantuan ini akan dilaksanakan selewat-lewatnya pada minggu terakhir bulan November.
Sila baca sehingga habis untuk menyemak senarai bantuan penting yang belum dibayar untuk bulan November ini.
SENARAI DUA BANTUAN PENTING
1. BANTUAN KHAS COVID (BKC) FASA 2
JUMLAH PEMBAYARAN BKC FASA 2
- Kategori Miskin Tegar sahaja
- Ini bermaksud golongan B40 dan M40 tidak kira isi rumah, warga emas atau bujang tidak akan menerima bayaran untuk fasa 2 ini.
2. GERAN KHAS PRIHATIN 4.0 FASA 2
JUMLAH PEMBAYARAN GKP 4.0
- Jumlah keseluruhan ialah RM 1,000
- Pembayaran dibuat secara 2 fasa dimana RM 500 sudah selesai pada fasa 1
- Manakala baki RM 500 akan dibayar pada fasa 2 iaitu November ini

Yang hilang pekerjaan macam mana x ada bantuan ke
BalasPadamAssalamualaikum maaf saya nk bertanya knaper bpr saya fasa pertama sahaja dapat fasa k dua x dapat..saya pergi LHDN dekat sana nama saya x ada dlm sistem..
BalasPadam