bantuan ini akan tutup pada 31 disember, apa itu kerjayagig, objektif,tarikh permohonan, kadar bantuan,syarat kelayakan,cara permohonan,senarai borang
Bantuan tersebut dikenali sebagai KerjayaGig. Merupakan sebuah bantuan kerajaan yang disalurkan kepada rakyat Malaysia yang layak.
Bantuan ini sudah diumumkan oleh pihak kerajaan bermula pada penghujung 2021 dan disambung pada pertengahan tahun ini.
APA ITU KERJAYAGIG
Objektif utama Program KerjayaGig adalah untuk memperluaskan skop insentif Pengambilan Pekerja di bawah PenjanaKerjaya 2.0 kepada individu yang kehilangan pekerjaan atau penganggur daripada golongan rendah.
OBJEKTIF
Objektif lain untuk KerjayaGig ialah untuk
- memindahkan semula tenaga kerjaya yang tidak digunakan sepenuhnya dan yang sedang menerima cuti tanpa gaji kepada KerjayaGig
- menggalakkan individu mengambil peluang pekerjaan
TARIKH PERMOHONAN
Permohonan mula dibuka bermula
- 15 Julai sehingga 31 Disember 2021
KADAR BANTUAN
Berikut ialah kadar bantuan untuk program ini yang diterangkan secara terperinci
- Bantuan bulanan sebanyak RM 300 akan diberikan kepada individu yang layak
- Pembayaran akan diberikan RM 600 setiap bulan selama 6 bulanan
- Pemberian bantuan ini akan diberikan selagi terlibat dengan prgoram KerjayaGig
SYARAT KELAYAKAN
Berikut ialah syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan
- Individu yang kehilangan pekerjaan perlu berdaftar dengan PERKESO
- Pencari kerja daripada golongan rentan seperti Orang Kurang Upaya (OKU), peserta Return To Work PERKESO, gelandangan, ibu tunggal, ketua keluarga kurang berkemampuan yang berdaftar dengan e-kasih, bekas penagih dadah, bekas banduan, Orang Diparol (ODP) dan lain-lain
- Pekerja formal yang digajikan dan berdaftar dengan PERKESO namun diberikan notis cuti tanpa gaji
- Semua yang layak haruslah berumur 18 tahun sehingga 60 tahun
CARA PERMOHONAN
Berikut adalah cara permohonan
1. Log masuk ke laman web MyFutureJobs dan mohon pekerjaan di bawah kategori pekerjaan sendiri
2. Selepas berjaya mengambil pekerja, majikan perlu daftarkan pekerja melalui laman web PERKESO untuk insentif RM 600
SENARAI DOKUMEN
Berikut ialah senarai dokumen yang diperlukan untuk permohonan
- borang pengesahan pekerjaan yang ditandatangani oleh individu tersebut
- maklumat akaun bank individu bekerja sendiri
- surat atau dokumen berkaitan serta bukti yang dikeluarkan oleh majikan terkinibagi pekerja yang menerima cuti tanpa gaji
- e-mel pengesahan daripada operator untuk pengesahan status pekerjaan
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, hubungi talian hotline
- 1-300-22-8000 / 03-8091-5300

Good
BalasPadam