Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ditubuhkan bertujuan untuk menjaga kebajikan masyarakat berteraskan perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian.
Pelbagai jenis bantuan JKM yang telah disalurkan kepada masyarakat yang berkeperluan dan layak.
Sebagai contoh, bantuan terdiri daripada bantuan kanak-kanak, orang kurang upaya dan lain-lain.
Terdapat sebuah bantuan yang diberikan RM 500 setiap bulan jika layak. Sila rujuk info penuh di bawah.
BANTUAN WARGA EMAS
Golongan warga emas merupakan golongan yang sangat diambil berat oleh pihak kerajaan. Disebabkan itu, terdapat pelbagai jenis bantuan disalurkan kepada golongan tersebut termasuklah bantuan bulanan RM 500 ini.
Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban warga emas menyara kehidupan semasa tanpa perlu pergi keluar mencari rezeki lagi.
JUMLAH BANTUAN
Penambahan jumlah bantuan telah dinaikkan bermula awal 2021 lagi. Ini bermaksud, bermula 2021, jumlah bayaran bantuan adalah lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.
Penambahan bantuan RM 350 dinaikkan kepada
- RM 500 sebulan untuk seorang
SYARAT KELAYAKAN
Berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan untuk membuat permohonan
- Warganegara Malaysia
- Menetap di Malaysia
- Berumur 60 tahun dan ke atas
- Warga emas / pemohon tidak tinggal di institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma atau
- mana-mana kes yang boleh dipertimbangkan
- Berpendapatan tidak melebihi PGK Purata Miskin Isi rumah Semasa atau PGK Purata Per Kapita
CARA UNTUK MOHON
LANGKAH 1 - SECARA ONLINE
1. Layari laman web rasmi JKM disini
2. Tekan 'Daftar Permohonan Atas Talian'
3. Isi kedua-dua bahagian A dan B
4. Pastikan butiran yang diisi sahih dan klik 'Keputusan'
LANGKAH 2
1. Pemohon atau wakil perlu hadir ke mana-mana pejabat atau kaunter JKM berdekatan
2. Hadir selewat-lewatnya 14 hari daripada permohonan online (Langkah 1)
3. Hadir bersama beberapa borang dan dokumen penting
SENARAI DOKUMEN
Anda perlu hadir bersama beberapa borang dan dokumen yang diperlukan termasuklah :
1. Borang Permohonan - MUAT TURUN DAN CETAK
2. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan ahli keluarga yang tinggal bersama
3. Salinan penyata pendapatan atau surat akuan penyata pendapatan
4. Mana-mana bil utiliti seperti bil elektrik, bil air dan lain-lain yang menunjukkan alamat tempat tinggal
5. Mana-mana dokumen tambah yang perlu dibawa

Bantuan tu adakah ia benar @ menyedapkan hati rakyat sahaja???? Bantuan sebelum ni PON x masuk lagi daa
BalasPadamYa betul bkc dn bpr tahun lepas xmasok pon
BalasPadamRamai warga mas Maseh menuggu.mengharap bantuan yg d janji kan.x simpati ke.tolg lh usaha kan Merka tiada tenpat menyadu
BalasPadamDah 60 thn keatas mana nak datangnya 'Salinan penyata pendapatan atau surat akuan penyata pendapatan'.? Apa maksud 'Mana-mana dokumen tambah yang perlu dibawa'? Dokumen apa.? Admin tolong jawab.?
BalasPadamBetul ke tidak bantuan tambahan icitra rm 10k ni... Atau saja cakap nak bagi hati rakyat seronok saja....
BalasPadamBetul ke bantuan tambahan icitra rm 10k ni ada atau tidak...atau tidak wujud saja sembang nak bagi hati rakyat seronok..
BalasPadam