Tarikh Kemaskini Maklumat BKM Fasa 3

 

Tarikh Kemaskini Maklumat BKM Fasa 3

Tarikh kemaskini info maklumat BKM Fasa 3 kini dibuka bermula pada minggu ini sehingga 30 Ogos 2022.

Kemaskini maklumat Permohonan BKM 2022 adalah untuk membolehkan Permohonan BKM 2022 yang berstatus lulus mengemaskini maklumat asas seperti nombor telefon rumah.

Kemaskini maklumat BKM Fasa 3 ini adalah untuk penerima yang telah lulus status dan tidak membuat sebarang rayuan BKM.

*Terhad kepada akaun bank penerima sekiranya status pembayaran BKM 2022 Gagal Kredit atau Tunai sahaja.

PERKARA YANG BOLEH DIKEMASKINI

  • Nombor telefon bimbit
  • Alamat e-mel
  • Nama dan Nombor Akaun Bank*
  • Maklumat Perwakilan

INFO MAKLUMAT BKM FASA 3

Tarikh kemaskini maklumat BKM Fasa 3 dibuka mulai 3 Ogos sehingga 30 Ogos 2022.
Selain itu, kemaskini untuk fasa yang seterusnya akan diumumkan dari masa ke masa.
LHDN telah mengumumkan tarikh penerima Bantuan Keluarga Malaysia untuk mengemaskini sekiranya perlu bagi fasa 3.

CARA KEMASKINI

Kemaskini maklumat BKM Fasa 3 boleh dibuat melalui pautan rasmi semakan BKM di portal rasmi BKM https://bkm.hasil.gov.my/
  • Tekan Log Masuk dan Tekan Kemaskini Permohonan
  • Masukkan No My Kad dan tekan Semak
  • Isikan semua maklumat bertanda *, isi kod captcha dan klik Sahkan Captcha dan tandakan Perakuan Pemohon
  • Tekan butan Hantar bagi membuat pengemaskinian. Klik butang cetak sekiranya perlu.

MAKLUMAT LANJUT

Permohonan kemaskini maklumat turut boleh dilakukan secara manual di cawangan LHDN berdekatan.
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan boleh rujuk
  • HOTLINE BKK LHDNM : 1 800 88 2747
  • HOTLINE BKK MOF : 03 8882 4565
  • LHDNM e-Mel : bkm@treasury.gov.my
Sumber : myinfokerja.com

Leave a Comment