BKM FASA 3 : Jangkaan Tarikh Bayaran Terkini. Pada September ini, pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kembali diteruskan bagi fasa 3.
JUMLAH BANTUAN TERKINI BKM FASA 3
Berikut adalah kadar bayaran mengikut jenis kategori penerima :
1) Kategori Isi Rumah - Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
a) Pendapatan RM 0 - RM 2,500
- 0 anak - RM 200
- 1-2 anak - RM 300
- 3 dan lebih anak - RM 400
b) Pendapatan RM 2,501 - RM 5,000
- 0-3 anak dan ke atas - Kesemua RM 100
2) Kategori Isi Rumah - Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas
a) Pendapatan RM 0 - RM 2,500
- 0 anak - RM 500
- 1-2 anak - RM 600
- 3 dan lebih anak - RM 700
b) Pendapatan RM 2,501 - RM 5,000
- 0-3 anak dan ke atas - Kesemua terima RM 400
3) Kategori Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak - Tiada had umur
a) Pendapatan RM 0 - RM 2,500
- 1-2 anak - RM 800
- 3 anak dan lebih - RM 900
b) Pendapatan RM 2,501 - RM 5,00
- 1-3 anak dan lebih - Kesemua terima RM 600
4) Kategori Bujang dan IBT tiada anak - Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
- RM 150
5) Bujang dan IBT tiada anak - pemohon 60 tahun dan ke atas
- RM 150
JANGKAAN TARIKH BAYARAN BKM FASA 3
Terdahulu, pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 1 dan 2 telah dikreditkan pada penghujung Mac dan Jun.
Walau bagaimanapun, pembayaran bagi fasa 3 belum diumumkan setakat ini. Pelbagai jangkaan telah dibuat sehingga ada pihak yang memperkatakan bahawa pembayaran BKM Fasa 3 mula dikreditkan pada 1 September. Untuk pengetahuan anda, perkara tersebut adalah TIDAK BENAR.
Pihak kerajaan belum mengumumkan tarikh bayaran rasmi BKM Fasa 3 ini. Oleh itu, tidak perlulah kita menghebah-hebahkan perkara yang kurang pasti atau 'clickbait' kepada orang awam.
Manakala, jangkaan tarikh bayaran bagi BKM Fasa 3 adalah pada penghujung September sama seperti pembayaran fasa 1 dan 2 lepas.
CARA SEMAKAN STATUS BKM FASA 3
Berikut adalah cara untuk membuat semakan status :
- Log masuk ke portal rasmi https://bkm.hasil.gov.my/
- Klik Semakan Status
- Paparan kelayakan akan ditunjukkan
- Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan atau apa-apa maklumat lain yang diperluakan anda boleh layari portal rasmi BKM https://bkm.hasil.gov.my/

COMMENTS