25 Golongan Yang Tidak Layak Menerima BKM



Permohonan Baharu dan Kemas Kini Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan tutup tidak lama lagi. Walau bagaimanapun, ramai rakyat yang membuat permohonan BKM tetapi tidak layak atas alasan tertentu.

Mesti anda tertanya-tanya, kenapa anda tidak layak untuk menerima BKM walaupun anda berasa layak jika diikut dengan pendapatan dan syarat kelayakan semasa.
Berikut ialah senarai 32 Golongan Yang Tidak Layak BKM 2022 ini.

SENARAI 25 KUMPULAN YANG TIDAK LAYAK BKM 2022

Berikut ialah senarai kumpulan yang tidak layak BKM 2022, sila baca untuk mengetahui sama ada anda terdiri daripada kumpulan tersebut.
1. Merupakan seorang yang bukan warganegara Malaysia iaitu warga asing atau pendatang tanpa izin (PATI) 
2. Merupakan seorang ibu atau janda tunggal berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai anak sendiri
3. Berumur bawah 21 tahun atau 60 tahun ke atas (untuk pemohon yang masih ada pasangan dan mempunyaia anak
4. Merupakan seorang bapa tunggal atau duda yang berumur 60 tahun ke atas dan tidak mempunyai anak sendiri
5. Anda menetap di luar negara 
6. Berkahwin dengan warga asing tetapi masih lagi tiada anak kandung yang mempunyai MyKAD

7. Mempunyai SSM tidak layak BKM yang mana merupakan pemilik untuk 2 atau lebih daripada itu Syarikat atay pemilikan tunggal.
8. Merupakan seorang yang memegang status OKU tetapi masih lagi nama anda tidak tersenaraii dalam e-bantuan JKM
9. Mempunyai syarikat SDN BHD dengan SSM dan anda merupakan salah seorang daripada pemilik syarikat tersebut
10. Dikesan hantar duplikasi permohonan kerana bekas suami / isteri juga menggunakan nama anda dan anak-anak untuk permohonan BKM
11. Dikesan hantar duplikasi permohonan BKM disebabkan suami anda hantar permohonan bersama madu anda (poligami)
12. Merupakan warga emas yang tidak susah hidupnya (seorang yang kaya)
13. Tidak boleh hantar permohonan kerana terdapat orang lain mendaftar menggunakan maklumat diri anda
14. Anda mungkin telah disenarai hitam oleh pihak LHDN kerana telah memberi maklumat palsu untuk permohonan bantuan sebelum ini
15. Anda tidak kemas kini status perkahwinan terkini selepas kematian suami
16. Anda berkahwin di luar negara dan belum membuat pendaftaran perkahwinan dengan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
17. Seorang OKU yang berumur bawah 19 tahun atau lebih 59 tahun
18. Anda tidak lengkapkan senarai dokumen yang diperlukan
19. Mempunyai pasangan suami/isteri tetapi tiada bukti dokumen penting seperti salinan pasport dan lain-lain
20. Pendapatan isi rumah melebihi RM 5,000 sebulan
21. Individu bujang berpendapatan RM 2,500 dan ke bawah tetapi berumur kurang 21 tahun
22. Anda tidak kemas kini ‘Pendapatan Kasar Bulanan’ yang mana ramai kesan ia bertukar 0
23. Sudah berkahwin tetapi belum tukar status bujang ke sudah berkahwin

BKM TIDAK LAYAK UNTUK TANGGUNGAN ANDA

Pemohon tidak layak untuk menerima tambahan BKN melibatkan anak-anak sekiranya tidak mematuhi kelayakan seperti di bawah 
24. Mempunyai anak angkat tetapi tidak buat pendaftaran dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
25. Anda mempunyai anak tetapi anak sudah mempunyai pendapatan sendiri (sudah bekerja)

0 thoughts on “25 Golongan Yang Tidak Layak Menerima BKM”

  1. Assalamualaikum yang berhormat atas pertanyaan boleh berhubung terus dengan pihak berkuasa tempatan boleh bagi kerjasama dengan agensi berkaitannya dengan jelas.saya belum pernah berkahwin dengan sape2 yang berhormat atas pertanyaan saya.saya mahukan penjelasan dari adun yang memperoleh pihak yang terlibat dalam mana-mana proses pancing.saya Suhaimi bin Mohamad.

    Reply

Leave a Reply to Unknown Cancel reply