Permohonan Bantuan Kewangan Khas RM1,000 Dibuka Sekarang

Permohonan Bantuan Kewangan Khas RM1,000 Dibuka

Posted by

Permohonan Bantuan Kewangan Khas RM1,000 Dibuka Sekarang. Pelbagai jenis bantuan yang disalurkan kepada rakyat daripada pihak kerajaan persekutuan.

Antaranya termasuklah melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang memberikan bantuan SETIAP BULAN kepada rakyat berdasarkan kategori masing-masing.

BANTUAN BULANAN JKM

Pelaksanaan bantuan bulanan JKM ini telah sedia ada sejak dulu lagi dan masih diteruskan sehingga tahun ini.

Terdapat 9 jenis bantuan yang tersenarai dalam bantuan bulanan tersebut termasuklah bantuan kanak-kanak, bantuan anak pelihara, bantuan warga emas dan bantuan am negeri.

JUMLAH BANTUAN

Jumlah bayaran bantuan bulanan adalah berbeza mengikut jenis bantuan dan syarat-syarat yang lain.

Sebagai contohnya, untuk Bantuan Kanak-Kanak maksimum bagi sebuah keluarga adalah RM 1,000 sebulan sekiranya jumlah anak yang layak melebihi daripada yang ditetapkan.

  1. Bantuan Anak Pelihara – RM 250
  2. Bantuan Warga Emas – RM 500
  3. Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya – RM 450
  4. Bantuan Am Persekutuan – RM 100
  5. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja – RM 300
  6. Bantuan Penjagaan OKU / Pesakit Kronik Terlantar – RM 500
  7. Bantuan Latihan Perantis – RM 200

TARIKH BAYARAN

Bayaran bantuan ini akan dibayar setiap bulan kepada individu yang layak.

Bantuan ini sentiasa dibayar pada awal bulan di antara 1 hingga 10 hari bulan termasuklah Jun ini.

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan yang diperlukan adalah berbeza-beza mengikut jenis bantuan yang anda ingin memohon.

Tetapi, syarat kelayakan utama bagi setiap bantuan adalah

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa

CARA PERMOHONAN

Sekiranya anda ingin membuat permohonan, anda boleh terus walk in ke kaunter atau pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berdekatan kawasan anda.