Sebelas Pengeluaran Khas KWSP Yang Dibenarkan. Pengeluaran KWSP kini telah dibenarkan tetapi secara sebahagian sahaja melalui akaun 2 KWSP pencarum mengikut syarat – syarat tertentu yang telah ditetapkan.
Kemudahan ini telah disediakan oleh pihak KWSP sejak dahulu lagi untuk memudahkan para pencarum membuat pengeluaran secara bersyarat.
Simpanan Akaun KWSP
Terdapat 3 jenis akaun di dalam simpanan KWSP iaitu Akaun 1, Akaun 2 Dan Akaun 3 yang mana. Akaun 1 adalah untuk pengeluaran penuh manakala Akaun 2 hanya untuk pengeluaran sebahagian wang simpanan sahaja dan Akaun 3 untuk pengeluaran tanpa syarat dan boleh dilakukan pada bila-bila masa.
Oleh itu, dijelaskan disini berkenaan syarat – syarat yang dibenarkan untuk pengeluaran KWSP Akaun 2.
11 Syarat Pengeluaran Khas KWSP Akaun 2
- PEMBELIAN RUMAH
- Pencarum warganegara dan bukan warganegara boleh mengeluarkan wang KWSP Akaun 2 untuk membuat pembelian rumah.
- MENCAPAI UMUR 50 TAHUN
- Pencarum boleh mengeluarkan keseluruhan wang simpanan dalam Akaun 2 setelah mencapai umur 50 tahun.
- MELAKSANAKAN HAJI
- Pencarum yang berumur 55 tahun kebawah yang ingin melaksanakan haji boleh mengeluarkan simpanan KWSP Akaun 2.
- MENGALAMI MASALAH KESIHATAN
- Pencarum yang mengalami masalah penyakit kritikan dan memerlukan kos rawatan yang tinggi dibenarkan untuk mengeluarkan sebahagian wang simpanan KWSP Akaun 2.
- PEMBINAAN RUMAH
- Terdapat 2 kategori pembinaan rumah yang membenarkan pengeluaran wang simpanan KWSP Akaun 2 iaitu, peminaan dengan pembelian tanah atau pembinaan di tanah milik sendiri.
SYARAT – SYARAT YANG LAIN ADALAH SEPERTI BERIKUT,
- PENDIDIKAN
- MENYELESAIKAN BAKI PINJAMAN PERUMAHAN
- ANSURAN BULANAN PINJAMAN PERUMAHAN
- PERUMAHAN FLEKSIBEL
- PERUMAHAN PRIMA
- SMPANAN MELEBIHI RM 1 JUTA
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lebih lanjut atau pertanyaan, anda boleh melayari portal rasmi KWSP yang tertera dibawah.