Bantuan Berjumlah RM 150 Seorang Untuk Anak Anda

 

Rakyat sangat diutamakan oleh pihak kerajaan. Oleh sebab itu, pihak kerajaan telah mengumumkan pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada murid-murid yang bakal kembali ke sekolah.

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP)

Untuk pengetahuan anda, bermula pada 2012 setiap awal tahun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memberikan bantuan one-off kepada murid yang bersekolah rendah dan menengah.

Bantuan ini diperkenalkan untuk meringankan beban perbelanjaan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.

JUMLAH BANTUAN

Jumlah bantuan untuk BAP 2022 adalah berbeza dengan sebelum ini. Sukacita diumumkan bahawa, pembayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dinaikkan kepada
  • RM 150 setiap murid
  • Pembayaran adalah secara one-off sahaja
Berbanding BAP sebelum ini, jumlah bantuan berjumlah ialah RM 100. Kini bantuan tersebut telah dinaikkan pada pengumuman oleh Menteri Kewangan tadi.

Oleh itu, jika anda memiliki 2 orang anak dan menetapi syarat kelayakan, anak anda atau anda bakal menerima bantuan berjumlah RM 300.


SYARAT KELAYAKAN

Tiada syarat kelayakan dikeluarkan untuk BAP 2022 buat setakat ini. Tetapi jika syarat kelayakan mengikut BAP sebelum ini, berikut ialah kelayakan untuk menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP).
  • Pendapatan kasar bulanan isi rumah haruslah berjumlah RM 3000 dan ke bawah sahaja mengikut tahun semasa
  • Murid haruslah warganegara Malaysia
  • Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Swasta.

CARA PERMOHONAN

Tiada cara permohonan dikeluarkan buat setakat ini. Kemungkinan besar para pelajar akan menerima bantuan pada awal minggu persekolahan ini.

Sebarang info tambahan berkaitan BAP, akan kami kemas kini dari masa ke masa.


0 thoughts on “Bantuan Berjumlah RM 150 Seorang Untuk Anak Anda”

Leave a Reply to Unknown Cancel reply