Bantuan Bernilai RM 300 Dibayar Pada Disember

 

Kerajaan telah mengumumkan Pelan PEMERKASA pada Mac lalu untuk membantu rakyat yang terjejas akibat penutupan beberapa sektor ekonomi.

Salah satu bantuan yang diumumkan oleh pihak kerajaan ialah Program Prihatin Kasih (PPK). Pelaksanaan program ini ialah untuk membantu rakyat yang menghadapi kesukaran seperti golongan miskin tegar dan miskin bandar.

PROGRAM PRIHATIN KASIH

Program Prihatin Kasih dilaksanakan melalui peruntukan bantuan makanan tanpa tunai. Dikatakan bahawa sebanyak RM 100 juta peruntukan telah dilaksanakan yang dinikmati oleh hampir 300,000 isi rumah miskin di seluruh negara.

JUMLAH BANTUAN

Berikut ialah perincian berkenaan jumlah bantuan program ini :
  • Bantuan diberikan bernilai RM 100 sebulan bagi tempoh 3 bulan
  • Menjadikan jumlah bantuan keseluruhan bernilai RM 300
  • Bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad penerima yang layak
  • Seterusnya, penerima boleh membuat pembelian makanan asas seperti telur di kedai yang didaftarkan

LOKASI PEMBELIAN BANTUAN MAKANAN

Untuk pengetahuan anda, hanya pasar raya atau kedai terpilih sahaja boleh digunakan untuk menebus bantuan tersebut.

Sebanyak 300 lebih lokasi pasar dan kedai di seluruh negara termasuklah :
  • Giant
  • Econsave
  • Mydin
  • The Store
  • Pacific
  • Milimewa
  • 99 Speedmart
  • Lotus Stores / Tesco
  • dan sebagainya

SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan cara untuk menyemak kelayakan anda sama ada layak atau tidak untuk menerima bantuan di atas.

LANGKAH 1
Klik pautan berikut untuk menyemak kelayakan anda

LANGKAH 2

  • Masukkan nombor Kad Pengenalan dan masukkan Captcha yang disediakan dengan betul

LANGKAH 3

  • Klik pada ‘SEMAK STATUS’

LANGKAH 4

  • Kemudian, keputusan kelayakan anda akan dipaparkan pada skrin.
LANGKAH 5
  • Penerima akan terima SMS dari MyKasih untuk mengesahkan status mereka
LANGKAH 6
  • Penerima perlu hadiri taklimat orentasi di kedai runcit terlibat mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan

JADUAL PEMBAYARAN

Berikut adalah tarikh bayaran mengikut negeri masing-masing :

1. Selangor & Kuala Lumpur
  • Bantuan akan bermula pada Julai sehingga September 2021
2. Melaka, Kelantan, Pulau Pinang, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu & Johor
  • Disalurkan pada Ogos sehingga Oktober 2021 lalu
3. Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Pahang, Labuan & Putrajaya 
  • Mula disalurkan pada September sehingga November atau Oktober sehingga Disember 2021

0 thoughts on “Bantuan Bernilai RM 300 Dibayar Pada Disember”

Leave a Reply to Unknown Cancel reply