Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri RM 20,000

Kerajaan menawarkan bantuan atau subsidi untuk membina rumah di atas tanah sendiri sehingga RM 20,000.

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) ialah sebuah syarikat pembangunan perumahan negara yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan sejak 1997. SPNB juga berada di bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Ia bertujuan untuk menyediakan rumah yang berkualiti tinggi dan mampu milik kepada setiap isi rumah yang layak di Malaysia.


RUMAH MESRA RAKYAT (RMM)

Program RMM ini diwujudkan atas usaha untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah persendirian yang boleh dibina rumah untuk tujuan keselesaan mereka.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut ialah syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak SPNB dan KPKT :
  • Pemohon haruslah warganegara Malaysia
  • Pemohon harus berumur 18 tahun dan ke atas
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM 3,000
  • Pemohon serta pasangan haruslah yang tidak memiliki rumah atau sedang tinggal di rumah yang usang.
  • Tapak tanah adalah bersesuaian dan bebas daripada gadaian atau bebanan ke atasnya.
  • Sekiranya pemohon adalah bukan pemilik tanah maka pemohon harus meminta kebenaran daripada pemilik tanah
  • Keluasan tanah adalah tidak kurang daripada 3,600 kps

HARGA DAN CIRI-CIRI RMM

Berikut ialah harga dan ciri-ciri RMM yang disediakan oleh SPNB. Kesemua jenis rumah RMM dilengkapi 2 bilik air dan 3 bilik tidur. Rumah tersebut haruslah 1 tingkat sahaja.

1. Keluasan Rumah 1,000 KPS (Semenanjung)
  • Harga : RM 75,000
  • Subsidi pembinaan : RM 20,000
  • Jumlah Pinjaman : RM 55,000
  • Anggaran bayaran bulanan selama 16 tahun : RM 300 sebulan
2. Keluasan Rumah 850 KPS (Pulau di Semenanjung)
  • Harga : RM 85,000
  • Subsidi Pembinaan : RM 20,000
  • Jumlah pinjaman : RM 65,000
  • Anggaran bayaran bulanan selama 16 tahun : RM 350 sebulan
3. Keluasan Rumah 750 KPS (Sabah,Sarawak,Labuan)
  • Harga : Bermula RM 75,000  – RM 106,000
  • Subsidi pembinaan : RM 20,000
  • Jumlah pinjaman : RM 55,000 – RM 86,500
  • Anggaran bayaran bulanan selama 16 tahun : RM 300 – RM 470 sebulan

CARA PERMOHONAN

Untuk pengetahuan anda, permohonan boleh dibuat dengan dua(2) cara iaitu secara Online atau Manual

1. Permohonan Secara Online
  • Layari laman web SPNB 
  • Klik pendaftaran baru dan isi borang pendaftaran dengan lengkap
  • Seterusnya, ID dan Kata Laluan dihantar ke e-mel
  • Log masuk SPNB dengan ID dan kata laluan
  • lengkapkan borang
  • Setelah selesai, klik selesai pendaftaran
  • Seterusnya, cetak borang
  • Hantar borang beserta dokumen ke pejabat SPNB berdekatan
2. Permohonan Secara Manual
  • Pemohon boleh dapatkan borang permohonan di cawangan SPNB
  • Setelah selesai isi, hantar kembali borang beserta dokumen yang diperlukan.

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut ialah antara dokumen yang diperlukan
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika ada)
  • Salinan geran hak milik tanah terbaru dan sijil carian rasmi daripada Pejabat Tanah yang terbaru
  • Slip gaji terkini selama 3 bulan / surat akaun sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon
  • Surat akuan sumpah / pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  • Salinan sijil nikah pemohon
  • Borang laporan tapak bergambar
Perhatian ! 

Surat pengesahan pendapatan / tidak memiliki rumah / memiliki rumah usang hendalah disahkan melalui Penghulu / Ketua Kampung / Pegawai Profesional Kelas A

SEMAKAN KELULUSAN

Segala maklum balas akan diberikan dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh permohonan dan kelulusan hanya dibuat mengikut peruntukan kewangan tahunan.
  • Tempoh pembinaan rumah yang diperuntukkan adalah selama 18 bulan daripada tarikh penyerahan tapak kosong dan perjanjian.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, hubungi talian rasmi ibu pejabat SPNB
  • 03-2618-5555
  • 03-2618-5556
Anda juga boleh hadir ke cawangan SPNB berdekatan anda untuk bertanya apa-apa mengenai Rumah Mesra Rakyat ini.

0 thoughts on “Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri RM 20,000”

Leave a Reply to Unknown Cancel reply