Bantuan BMT berjumlah RM 600 Dibayar Dalam Dua Fasa

 

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah atau RISDA telah mewujudkan sebuah bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) bagi membantu pekebun kecil yang terjejas pendapatannya.

APA ITU BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)

Bantuan ini diwujudkan bagi membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang terjejas pendapatannya akibat tidak dapat menoreh ketika musim hujan.


JUMLAH BANTUAN

Jumlah keseluruhan adalah berjumlah RM 600. Tetapi pembayaran dilaksanakan dengan 2 fasa iaitu pada bulan
  • November berjumlah RM 300
  • Disember berjumlah RM 300

TARIKH PERMOHONAN

Tarikh permohonan sudah ditutup pada 15 November lalu. Tiada permohonan baru dibuka setakat ini.

TEMPOH PELAKSANAAN

Tempoh pelaksanaan bermula 15 September sehingga 15 November 2021. Manakala, rayuan bagi permohonan yang gagal berumur 16 November hingga 30 November 2021.

SYARAT KELAYAKAN BMT 2021

Berikut ialah syarat yang diperlukan untuk menerima bantuan di atas. 

1. PEKEBUN KECIL RISDA
  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun Kecil (Pemilik Pengusaha) berdaftar dengan RISDA
  • Keluasan 0.1 hektor hingga 2.5 hektar
  • Pemilik tanah yang sah
  • 1 lot hanya seorang penerima bantuan sahaja (sama ada pekebun kecil atau penoreh)
2. PENOREH BUKAN PEMILIK
  • Warganegara Malaysia
  • Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar
  • Pengesahan pemilik tanah yang sah
  • 1 lot hanya seorang penerima bantuan sahaja (sama ada pekebun kecil atau penoreh)
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G)

KAEDAH BAYARAN

Berikut ialah kaedah bayaran yang ditetapkan oleh RISDA :

Bayaran dibuat pada bulan November untuk fasa 1 berjumlah RM 300 dan RM 300 untuk fasa 2 bulan Disember menjadikannya jumlah keseluruhan RM 600.

Pembayaran terus dikreditkan kepada akaun pekebun kecil atau penoreh yang layak melalui Electronic Fund Transfer (EFT).

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, anda boleh hubungi talian hotline RISDA 
  • 03-425 101 71
  • www.risda.gov.my

0 thoughts on “Bantuan BMT berjumlah RM 600 Dibayar Dalam Dua Fasa”

Leave a Reply to Unknown Cancel reply