BANTUAN BUDI MADANI RM200 (SEMAK NAMA PENERIMA)

BANTUAN BUDI MADANI RM200 (SEMAK NAMA PENERIMA)

Posted by

Untuk memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara, kerajaan Madani menyediakan peruntukan subsidi kepada golongan sasar yang layak dengan menyediakan wang tunai RM200 secara bulanan.

BUDI MADANI merupakan satu inisiatif penting yang diperkenalkan oleh Kerajaan MADANI untuk memastikan penyaluran subsidi tepat kepada golongan yang benar-benar memerlukannya.

Dalam konteks Belanjawan 2024, kerajaan telah menetapkan untuk menyasarkan semula subsidi bahan api dengan tujuan untuk menanggani masalah penyeludupan dan ketirisan yang sering berlaku dalam sistem subsidi rakyat.

Dengan langkah ini, kerajaan berharap dapat memperkukuhkan keberkesanan peruntukan subsidi dan memastikan ia memberi manfaat secara lebih adil dan tepat sasaran.

BANTUAN BUDI MADANI

BUDI MADANI bertindak sebagai platform yang menumpukan kepada penyasaran semula subsidi, hanya diberikan kepada mereka yang berkelayakan. Melalui pendekatan ini, beberapa kategori bantuan yang relevan telah diperkenalkan.

Sebagai contoh, kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu akan terus menerima subsidi bahan api, yang seterusnya dapat mengawal harga barangan supaya tidak melonjak secara mendadak. Pada masa yang sama, individu yang terpilih pula akan menerima bantuan tunai yang bertujuan untuk membantu mereka menangani peningkatan kos sara hidup yang semakin mencabar.

Selain itu, BUDI MADANI turut menyediakan tiga kategori utama bantuan, iaitu: Bantuan BUDI Individu, yang memberi sokongan tunai kepada individu yang memerlukan; Bantuan BUDI Agro-Komoditi, yang memberi tumpuan kepada sektor pertanian dan komoditi bagi memastikan kestabilan harga produk pertanian; serta MySubsidi Diesel, yang memberi subsidi kepada sektor pengangkutan bagi memastikan kelancaran bekalan barangan tanpa menimbulkan impak negatif kepada harga barangan di pasaran.

Dengan pelaksanaan BUDI MADANI, kerajaan berhasrat untuk menambah baik sistem penyampaian subsidi, meminimumkan ketirisan, dan akhirnya menjamin kesejahteraan ekonomi rakyat, khususnya mereka yang benar-benar berhak menerima bantuan.

KATEGORI KELAYAKAN PENERIMA & JUMLAH BANTUAN BUDI

Syarat kelayakan untuk memohon BUDI Individu adalah seperti berikut:

  1. Pemohon
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100 ribu dan ke bawah.
  2. Kriteria Pemilikan Kenderaan
    • Kenderaan kegunaan persendirian (diesel) individu;
    • Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan) aktif;
    • Kenderaan diesel diisytiharkan di Semenanjung Malaysia; dan
    • Berdaftar di JPJ menggunakan nombor MyKad.
  3. Kriteria Tambahan Tidak Layak BUDI Individu
    • Motosikal diesel;
    • Kenderaan persendirian berdaftar bagi kegunaan syarikat / pertubuhan;
    • Kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun.
    • Kenderaan berdaftar sebagai e-hailing;
    • Jenis kenderaan: Karavan, motorhome, van persiaran, dan bas persiaran.

JUMLAH BANTUAN BUDI MADANI

Permohonan yang diluluskan akan menerima bantuan tunai sebanyak RM200 setiap bulan.

Pembayaran BUDI Individu ini akan terhenti sehingga individu berkenaan memperbaharui Lesen Kenderaan Motor dan membuat permohonan semula.

CARA SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN BUDI MADANI

Ikuti cara semakan nama penerima bantuan BUDI MADANI di pautan rasmi seperti berikut :

  1. Layari portal rasmi BUDI MADANI, di pautan : https://budimadani.gov.my/
  2. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  3. Masukkan Nombor MyKad Pemohon (12 Digit) mengikut format seperti berikut iaitu tanpa dash (-) : 600101035510.
  4. Seterusnya, klik pada butang [Semak] di bawah.
  5. Pastikan kata kunci keselamatan yang dipaparkan adalah milik anda.
  6. Seterunya, Klik butang “Ya” jika ia Frasa Keselamatan anda.
  7. Masukkan Kata Laluan dan tekan [Log Masuk].
  8. Paparan akan menunjukkan beberapa pilihan.
  9. Tekan pada [Semakan Status].
  10. Semak status mengikut kategori yang dimohon dan maklumat pembayaran.
  11. Kemudian, Status penerima akan terus dipaparkan.
  12. Selesai.

TARIKH BAYARAN BUDI MADANI

Berikut merupakan tarikh-tarikh pembayaran bagi pemohon yang telah diluluskan permohonannya:

  • Lulus 1-31 Ogos 2024 : 9 September 2024
  • Lulus 1-30 September : 7 Oktober 2024
  • Lulus 1-31 Oktober : 8 November 2024
  • Lulus 1-30 November : 6 Disember 2024
  • Lulus 1-30 Disember 2024 : 7 Januari 2025

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN

Terdapat dua (2) kaedah penerimaan bantuan BUDI MADANI, iaitu :

  • Pembayaran akan dikreditkan ke akaun yang berdaftar seperti dalam sistem BUDI Individu atau
  • Secara tunai di mana-mana Cawangan BSN sekiranya tiada akaun bank.

TARIKH PELAKSANAAN/PERMOHONAN BANTUAN BUDI MADANI

Permohonan Bantuan Dibuka sepanjang tahun mulai 28 Mei 2024. Untuk pendaftaran baharu, tiada tarikh tamat bagi pendaftaran di portal rasmi BUDI MADANI, buat masa ini.

Pembayaran BUDI Individu ini akan terhenti sehingga individu berkenaan memperbaharui Lesen Kenderaan Motor dan membuat permohonan semula.

NOTA

Segala maklumat yang telah dikongsikan di atas adalah merujuk kepada sumber rasmi daripada Portal Rasmi BUDI MADANI. Untuk sebarang persoalan, penjelasan lanjut, atau jika anda memerlukan bantuan lebih lanjut mengenai program atau inisiatif yang telah disebutkan, anda boleh terus menghubungi pihak berwajib yang berkenaan melalui saluran yang disediakan di bawah ini.

Kami di sini hanya bertujuan untuk menyebarkan maklumat yang sah dan terkini mengenai pelbagai bantuan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia, dengan harapan ia dapat memudahkan akses dan pemahaman orang ramai mengenai pelbagai peluang bantuan yang ada. Kami komited untuk memastikan setiap individu mendapat informasi yang tepat dan berguna demi kemudahan dan kesejahteraan semua.

TALIAN BANTUAN.

  • BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • BUDI MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • e-Mel : budimadani@treasury.gov.my