Sebuah laman web yang dinamakan sebagai Wise Sabah telah diwujudkan sebagai usaha untuk membantu para ibu tunggal di Sabah.
Pendaftaran ini adalah untuk mengumpul data wanita dan ibu tunggal di negeri Sabah.
KATEGORI IBU TUNGGAL
Berikut ialah senarai ibu tunggal yang layak untuk menerima bantuan tersebut :
- Bercerai
- Kematian Suami
- Diabaikan tanpa nafkah
- Mempunyai anak / anak angkat berdaftar
- Mempunyai suami yang sakit dan tidak boleh bekerja
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Berikut ialah senarai dokumen yang anda perlu untuk membuat permohonan, dokumen berikut memerlukan pengesahan status :
1. Bercerai –
- Sijil Perceraian
2. Kematian Suami –
- Sijil Kematian dan Sijil Kahwin / Sijil Kelahiran Anak
3. Diabaikan Tanpa Nafkah –
- Surat pengakuan ibu tunggal yang disahkan oleh Ketua Kampung / Ketua Anak Negeri / Pegawai Daerah
4. Mempunyai anak / anak angkat yang berdaftar –
- Surat pengakuan ibu tunggal yang disahkan seperti di atas dan sijil lahir anak / surat pengambilan anak angkat
5. Mempunyai suami sakit dan tidak boleh bekerja –
- Sijil kahwin dan Surat Pengakuan Keuzuran Suami daripada Hospital Kerajaan
CARA PERMOHONAN
Berikut ialah panduan pendaftaran yang diberikan :
- Layari laman web WISE SABAH https://wise.sabah.gov.my/
- Klik pada ‘DAFTAR’ sekiranya anda pemohon baharu
- Isi nombor Kad Pengenalan, nama penuh dan alamat e-mel
- Klik butang ‘DAFTAR’
- Muat naik dokumen yang sudah disahkan seperti senarai di atas
- Pendaftaran berjaya
Sya ingin memohon bantuan ibu tunggal
Kerana sya ada mempunyai 4 orang anak, dan sya tiada perkerjaan lgi, cm mna ya nk memohon?🥺🥺
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ibu tunggal
Sy ibu tunggal
Sya ibu tunggal bercerai dgn suami..Sya mempunyai 6 org ank,Sya ingin memohon bantuan ibu tunggal
Sy ibu tunggal anak 7.bagaimana sy ingin dan boleh memohon bantuan ini
Macam mana saya dpat kn bantuan ni?
Macamana nak muat Naik document bantuan ibu tunggal selepas mendaftar?
Banyak bantuan tertera…TAPI..Bila memohon katanya sdh berdaftar.tapi bantuan tak Ada dpt pun.mcm mana Nak tau kalau Saya ni ibu tunggal layak terima bantuan ini atau tidak?
sudah chek,berjaya di kreditkan,tapi tak ada kemasukan pun.pelik la bantuan2 sekarang ni..fakehope semuanya..sedih
Ini utk orang negeri Sabah saja, Penang tak ada kah ?saya pun ibutunggal
Sy ibu tunggal dan mempunyai 3 org anak.suami sy da lm meninggal.sy sdh daftar,tapi mauk daftar dokumen yg diminta secara online,tak dpt.minta tlg,bgtahu mcm mana nak daftar dokumen yg diminta?terima kasih….