Bantuan Ibu Tunggal RM 1,200 Setahun

 

Sebuah laman web yang dinamakan sebagai Wise Sabah telah diwujudkan sebagai usaha untuk membantu para ibu tunggal di Sabah.

Pendaftaran ini adalah untuk mengumpul data wanita dan ibu tunggal di negeri Sabah.

KATEGORI IBU TUNGGAL

Berikut ialah senarai ibu tunggal yang layak untuk menerima bantuan tersebut :
  • Bercerai
  • Kematian Suami
  • Diabaikan tanpa nafkah
  • Mempunyai anak / anak angkat berdaftar
  • Mempunyai suami yang sakit dan tidak boleh bekerja

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut ialah senarai dokumen yang anda perlu untuk membuat permohonan, dokumen berikut memerlukan pengesahan status :

1.  Bercerai – 
  • Sijil Perceraian

2. Kematian Suami – 
  • Sijil Kematian dan Sijil Kahwin / Sijil Kelahiran Anak

3. Diabaikan Tanpa Nafkah – 
  • Surat pengakuan ibu tunggal yang disahkan oleh Ketua Kampung / Ketua Anak Negeri / Pegawai Daerah
4. Mempunyai anak / anak angkat yang berdaftar – 
  • Surat pengakuan ibu tunggal yang disahkan seperti di atas dan sijil lahir anak / surat pengambilan anak angkat
5. Mempunyai suami sakit dan tidak boleh bekerja – 
  • Sijil kahwin dan Surat Pengakuan Keuzuran Suami daripada Hospital Kerajaan

CARA PERMOHONAN

Berikut ialah panduan pendaftaran yang diberikan :
  • Layari laman web WISE SABAH https://wise.sabah.gov.my/
  • Klik pada ‘DAFTAR’ sekiranya anda pemohon baharu
  • Isi nombor Kad Pengenalan, nama penuh dan alamat e-mel
  • Klik butang ‘DAFTAR’
  • Muat naik dokumen yang sudah disahkan seperti senarai di atas
  • Pendaftaran berjaya

0 thoughts on “Bantuan Ibu Tunggal RM 1,200 Setahun”

  1. Banyak bantuan tertera…TAPI..Bila memohon katanya sdh berdaftar.tapi bantuan tak Ada dpt pun.mcm mana Nak tau kalau Saya ni ibu tunggal layak terima bantuan ini atau tidak?

    Reply
  2. Sy ibu tunggal dan mempunyai 3 org anak.suami sy da lm meninggal.sy sdh daftar,tapi mauk daftar dokumen yg diminta secara online,tak dpt.minta tlg,bgtahu mcm mana nak daftar dokumen yg diminta?terima kasih….

    Reply

Leave a Reply to Amylia4hero78 Cancel reply