Bantuan Kewangan RM 150 – RM 200 Untuk Kanak-Kanak Yang Pendapatan Ibu Bapa Mereka Rendah

 

Bantuan Kewangan RM 150 - RM 200 Untuk Kanak-Kanak Yang Pendapatan Ibu Bapa Mereka Rendah

Terdapat sebuah bantuan untuk anak-anak berjumlah RM 150 – RM 200 yang pendapatan ibu bapa mereka rendah. Bantuan ini maksimum RM 1,000 bagi setiap keluarga.

 Kerajaan melalui pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah badan yang bertanggungjawab untuk melaksanakan bantuan tersebut. Melalui JKM, pelbagai jenis bantuan meliputi lapisan masyarakat yang dibuka untuk permohonan tanpa tarikh tutup dan akan dibayar setiap bulan.

BANTUAN UNTUK ANAK

Salah satunya adalah bantuan kanak-kanak yang berjumlah hingga RM 1,000 bagi setiap keluarga yang layak. Pemberian bantuan ini adalah untuk meringankan beban keluarga untuk menyara anak-anak mereka. 
Pemberian bantuan ini adalah berbentuk bulanan dan akan dibayar mengikut kategori kelayakan keluarga dan anak-anak.

TENTANG JUMLAH BANTUAN

Berikut adalah penjelasan mengenai jumlah bantuan bagi BKK 2022 
  • Bantuan RM 150 sebulan kepada kanak-kanak yang berumur 7 tahun dan ke atas
  • Bantuan RM 200 sebulan kepada kanak-kanak yang berumur 6 tahun dan ke bawah
Nota : Bantuan maksimum RM 1,000 sekiranya keluarga tersebut mempunyai 6 orang anak dan ke atas.

TENTANG SYARAT KELAYAKAN

Berikut pula adalah penjelasan mengenai syarat kelayakan yang diperlukan untuk terima bantuan tersebut
  1. Anak-anak dan ibu atau bapa haruslah warganegara Malaysia
  2. Menetap di Malaysia
  3. Ibu bapa atau penjaga kanak-kanak berpendapatan bulanan tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), Purata Miskin Per Kapita atau Purata Miskin Isi Rumah
  4. Kanak-kanak haruslah berumur 18 tahun dan ke bawah
  5. Kanak-kanak yang berumur 18 tahun dan ke atas boleh dipertimbangkan

TARIKH BAYARAN TERKINI

Pembayaran bagi setiap bantuan bulanan JKM termasuklah bantuan kanak-kanak ini adalah berbeza. Tetapi ia akan dibayar setiap bulan sekiranya layak. Pembayaran selalu dikreditkan pada minggu pertama bagi setiap bulan dan secara berperingkat.

CARA PERMOHONAN

Berikut adalah cara untuk membuat permohonan Bantuan Kanak-Kanak berjumlah 

RM 1,000.


LANGKAH 1 (SECARA ONLINE)

1. Layari laman web rasmi JKM di : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp

2. Tekan butang ‘Daftar Permohonan Atas Talian’

3. Baca dan fahamkan notis dan butiran yang perlu diisi

4. Isi bahagian A dan B

5. Setelah selesai isi kedua-dua bahagian tersebut, tekan butang ‘Keputusan’

LANGKAH 2 (KAUNTER JKM)

1. Setelah berjaya langkah 1 di atas, pemohon atau wakil perlu hadir ke mana-mana pejabat / kaunter Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM berdekatan

2. Anda perlu hadir sekurang-kurangnya 14 daripada permohonan online di atas (Langkah 1)

3. Anda perlu hadir bersama beberapa dokumen sokongan dan borang permohonan seperti di bawah

SENARAI DOKUMEN

Hadir ke kaunter JKM bersama beberapa dokumen penting seperti 
  • Borang Permohonan JKM 18 – MUAT TURUN DISINI
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon
  • Salinan penyata pendapatan atau surat akuan pendapatan ibu bapa atau penjaga 
  • Bawa salah satu bil utiliti seperti bil ASTRO, elektrik atau air

Leave a Comment