Bantuan Kewangan RM 200 Setiap Bulan

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat atau JKM ditubuhkan oleh kerajaan bertujuan untuk menjaga kebajikan masyarakat yang memerlukan berlandaskan lima teras utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian,

Pelbagai bantuan yang telah disalurkan oleh JKM kepada masyarakat yang berkeperluan dan layak untuk menerima.

Sebagai contoh, bantuan untuk kanak-kanak, orang kurang upaya dan warga emas merupakan antara bantuan yang sering didengar oleh masyarakat.

Di bawah merupakan sebuah bantuan bernilai RM 200. Sila baca sehingga habis untuk ketahui info penuh mengenai bantuan

BANTUAN RM 200

Jabatan Kebajikan Masyaratkat (JKM) telah menyediakan sebuah bantuan dalam latihan perantis yang bertujuan untuk memberi peluang atau kemudahan kepada kanak-kanak untuk menerima bantuan JKM.

Penerima bantuan akan mendapatkan latihan kemahiran ataupun latihan sambil belajar.

SIAPA YANG LAYAK UNTUK MENERIMA BANTUAN INI ?

Untuk pengetahuan anda, bantuan ini diperkenalkan bertujuan untuk membantu meringankan beban kehidupan seharian bagi golongan
  • Kategori B40
yang mana kebanyakkan mereka telah kehilangan sumber pendapatan akibat penularan Covid-19 yang melanda negara sejak tahun lalu.

JUMLAH BANTUAN

Jumlah bantuan akan disalurkan kepada pemohon yang layak berjumlah
  • RM 200
  • Pembayaran akan dilaksanakan setiap bulan berjumlah RM 200

SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat kelayakan yang anda perlu ada sekiranya berminat untuk membuat permohonan bantuan di atas :

  • Merupakan Warganegara Malaysia sahaja
  • Anak-anak yang menerima bantuan daripada institusi kebajikan
  • Bekas pelatih perintah khidmat negara atau
  • mana-mana kes yang layak untuk dipertimbangkan dengan mempunyai kelulusan daripada KPKM

CARA UNTUK MOHON BANTUAN RM 200

Sebelum membuat permohonan, anda perlu sediakan dokumen yang diminta seperti berikut ;
  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon
  2. Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / anak
  3. Salinan sijl kelahiran anak-anak yang tinggal bersama
  4. Salinan penyata gaji
  5. Dokumen lain yang anda rasa diperlukan untuk dibawah
Setelah cukup dokumen di atas, anda perlu memuat turun dan mengisi borang di bawah sebelum hantar ke pejabat JKM yang berhampiran dengan anda.

0 thoughts on “Bantuan Kewangan RM 200 Setiap Bulan”

  1. Menyusahkan rakyat..bg jela yg b40 ni.kan link semua dgn lhdn.ni isi borang minta cop sna sini, tgu keputusan pastu tgu lagi dlm proses..pergh …kan memudahkan urusan rakyat lg bagus..ni semua poyo.dgr boleh pcya jgn

    Reply
  2. Sy merupakan seorang bekas pelatih perintah khidmat negara pada tahun 2004, umur sy skrg ialah 35tahun dan sy belum kahwin, adakah sy layak memohon atau menerima bantuan rm200 sebulan ini?

    Reply

Leave a Reply to Unknown Cancel reply