Bantuan Khas Covid-19 : Bantuan sehingga RM 1,300 untuk isi rumah dan bujang

 

Apa itu Bantuan Khas Covid-19 ?

Bantuan Khas Covid-19 ialah bantuan tambahan yang diberikan oleh kerajaan dalam menangani pandemik Covid-19. Bantuan ini diberikan sejajar dengan pengumuman Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diumumkan baru-baru ini.


Insentif ini akan memanfaatkan rakyat Malaysia yang sangat memerlukan daripada golongan isi rumah mahupun bujang.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang diberikan ialah mengikut jenis golongan. Terdapat 3 jenis golongan yang telah disenarikan, antaranya

Golongan Miskin Tegar

1) Kategori Isi Rumah

Jumlah bantuan kepada kategori isi rumah ialah berjumlah RM 1,300. 
  • Pembayaran akan dilakukan bermula Ogos (RM 500), November (RM 500) dan Disember (RM 300).
2) Kategori Bujang

Jumlah bantuan kepada kategori bujang ialah RM 400.
  • Pembayaran akan dilakukan bermula Ogos (RM 100) dan November (RM 300).

Golongan B40

1) Kategori isi rumah

Jumlah bantuan kepada kategori isi rumah B40 ialah RM 800.
  • Pembayaran akan dilakukan bermula Ogos (RM 500) dan Disember (RM 300).
2) Kategori bujang

Jumlah bantuan kepada kategori bujang B40 ialah RM 200.
  • Pembayaran akan dilakukan pada Ogos (RM 200)
Golongan M40

1) Kategori isi rumah

Jumlah bantuan kepada kategori isi rumah M40 ialah RM 250.
  • Pembayaran akan bermula pada Ogos berjumlah RM 250.
2)  Kategori bujang

Jumlah bantuan sebanyak RM 100 akan dibayar secara one-off pada Ogos.

Tarikh Pembayaran 

Pembayaran akan bermula pada bulan Ogos, November dan Disember tahun ini mengikut kelayakan anda.

Syarat Kelayakan

Setakat ini, tiada informasi dikeluarkan oleh kerajaan berhubung syarat kelayakan untuk memohon BKC ini. 

Kemungkinan besar, kerajaan akan mengeluarkan maklumat terperinci dalam masa terdekat.

Tarikh Permohonan

Tidak dimaklumkan buat setakat ini berhubung tarikh sebenar untuk permohonan baharu dibuka.

Akan dimaklumkan dari masa ke masa.

0 thoughts on “Bantuan Khas Covid-19 : Bantuan sehingga RM 1,300 untuk isi rumah dan bujang”

  1. Kerajaan bodoh ni sengaja bagi pening rakyat,sebelum ni aku kategori b40-bujang dapat 500,sekarang makin kurang dan aku jadi kategori m-40-bujang,aoe cerita kerajaan ni,nak makan duit haram pun agak2 la,jangan sampai nampak kau buat kerja haram,dah la time rakyat tengah susah,kau tambah susah rakyat,babi ape kerajaan yg ada hubungan dengan freemanson,dasar islam liberal kau ni

    Reply
  2. Dulu status saya miskin tegar.sekarang saya Chek status .saya tidak tergolong dari miskin tegar ..pening lah .saya macam mana status boleh bertukar ….boleh LHDN beri penjelasan ke pada saya …
    Bantuan pun tak dapat

    Reply

Leave a Reply to Unknown Cancel reply