Bantuan Khas Covid-19 RM100 Sehari (NADMA)

Pelbagai cara yang diambil oleh kerajaan untuk meringankan beban rakyat yang telah kehilangan punca pendapatan tatkala negara dilanda wabak covid-19. Termasuklah kerajaan akan memberi RM 100 sehari kepada mereka yang berkelayakan.

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji semasa Perintah Larangan Pergerakan dilaksanakan
  • Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan semasa menjalani rawatan di wad hospital ekoran covid-19
KADAR BANTUAN

RM 100 sehari sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 atau menjalani rawatan Covid-19. Bantuan khas ini hanya diberikan sekali sahaja (one off) dalam tempoh penularan wabak Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN 

  • Borang permohonan bantuan covid-19 lampiran A ( Salinan asal )
  • Salinan kad pengenalan ( Salinan diakui sah ) 
  • Bagi pemohon yang dibawa perintah Pengawasan dan Pemerhatian, Salinan Borang Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian yang telah disahkan KKM seerta salinan borang pelepasan dari menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah kediaman bagi kontak Covid-19 diperlukan
  • Manakala bagi pemohon yang menjalani rawatan di hospital untuk Covid-19, sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh pihak hospital diperlukan
  • Borang Akaun Kehilangan Pendapatan Seperti Di Lampiran B ( Dokumen asal ) 
  • Salinan penyata bank/ muka depan buku akaun (Salinan diakui sah) 
CARA MEMBUAT PERMOHONON 
1. Sila muat turun dokumen-dokumen di atas di sini – BORANG PERMOHONAN BANTUAN KHAS COVID 19
2. Permohonan lengkap perlu dihantar melalui pos ke NADMA di alamat :       

Agensi Pengurusan Bencana Negara  (NADMA) 

Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502,Putrajaya
(u.p : Sekretariat KWABBN) 

    0 thoughts on “Bantuan Khas Covid-19 RM100 Sehari (NADMA)”

    1. Saya oku penglihatan mempunyai masalah perniagaan car wsah dhadapan umah buat sementara waktu ni kena uruskn proses pemulihan tapak perniagaan bagitau bagaimna untk mendptkn bantuan kewangan tersebut akan dapat disalurkan kpada saya

      Reply

    Leave a Comment