Bantuan Komputer Riba Percuma Dan Pelan Data Internet 2021

 

Sedia maklum, pembelajaran secara atas talian adalah susah kerana pelbagai kekurangan yang hadir bagi setiap pelajar. Antara kekurangan yang begitu kerap sekali ialah ketiadaan peranti online seperti komputer riba atau telefon bimbit dan data internet yang tidak cukup.

Oleh itu, kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi telah mengumumkan bantuan laptop dan internet percuma kepada para pelajar yang berkelayakan.

Syarat Kelayakan


Syarat kelayakan untuk mendapat bantuan di atas (secara percuma) mudah sahaja iaitu anda perlu :
  • daripada golongan B40 sahaja
Permohonan Komputer Riba 

Tiada sebarang permohonan yang perlu pelajar lakukan. Hal ini kerana, pihak Univesiti/IPT sendiri yang akan menghubungi pelajar tersebut sekiranya layak.

Jenis Bantuan Yang Disediakan

Jika anda tidak berpeluang untuk menerima komputer riba, mungkin anda berpeluang untuk mendapat bantuan seperti :
  1. Pemberian wang tunai
  2. Pinjaman komputer riba
  3. Bantuan kewangan istimewa
  4. Atau Komputer riba percuma
Tawaran Harga Istimewa Pembelian Komputer Riba 

Tawaran berikut terbuka kepada pelajar yang tidak menerima bantuan komputer riba percuma tetapi ingin merasai diskaun harga untuk pembelian komputer riba. Pautan akan disertakan dibawah.
 
Bantuan Pelan Data 


Sekiranya anda layak untuk menerima bantuan ini, anda bakal diberi dalam bentuk kad sim. Tetapi, terdapat juga IPT yang akan memberikan bantuan dalam bentuk wang ringgit.

Cara Mohon Pelan Data Internet Percuma

Kelayakan untuk permohonan ini ialah anda perlu merupakan pelajar golongan B40.

  • Permohonan tidak perlu dilakukan kerana pihak IPT akan menghubungi sendiri pelajar yang berkelayakan.
  • Atau pelajar juga boleh juga menghubungi pihak HEP Universiti untuk tujuan menyemak kelayakan masing-masing.







0 thoughts on “Bantuan Komputer Riba Percuma Dan Pelan Data Internet 2021”

  1. 2 orang ank..
    Seorang tigktan 1..
    Yg sorang drjah 6..
    Tiap kali nk buat kje skolah, perlu tuggu ibu ayh blik kje bru dpt gna tel utk buat kje skolah.
    Ini jugalah norma baru yg harus dihadapi

    Reply
  2. Camne nk dapatkan laptop percuma..? Sye ibu tunggal tiada pendapatan tetap. Anak seorang di ipta, 3 sek men dan seorang di sek ren. Mohon bantuan utk memudahkan anakĀ² supaya dpt sertai pembelajaran secara pdpr

    Reply
  3. Saya ingin bertanya kepada kerajaan kenapa saya tak layak mendapat bpr sedangkan selalu saya dapat.apa sebab saya ditolak dan sedangkan anak saya ada dua lagi bersekolah.

    Reply
  4. Anak saya kv dan sekolah rendah ..harap dapatlah menjadi rezeki anak2 saya untuk pembelajaran PDPR .. tiada kemudahan dan Suami bawah asnaf ..

    Reply
  5. Skrg ni sekiranya seseorang sdh membuat permohonan utk bantuan komputer riba percuma yg berstatus tidak layak..pada hal semua memenuhi syarat..apa yg perlu di buat?

    Reply

Leave a Reply to lyboh Cancel reply