Bantuan Orang Tua (BOT) JKM Bakal Dinaikkan Sehingga RM 1,000? Rujuk sekarang !

Seperti yang anda sedia maklum, terdapat 11 inisiatif bantuan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Antara salah satu bantuan daripada 11 bantuan tersebut ialah Bantuan Orang Tua (BOT).



Tambahan pula, pada minggu terakhir bulan Ogos 2020 Perdana Menteri telah membuat satu kenyataan rasmi bahawa beliau akan mengemukakan usul kenaikan jumlah bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang sedia ada kepada RM 1,000.

Jika perkara ini dapat direalisasikan, jenis 11 bantuan termasuk Bantuan Orang Tua juga akan meningkat sehingga RM 1,000.

Informasi Lengkap Bantuan Orang Tua

Kadar Bantuan

Setakat ini jumlah bantuan yang diterima berjumlah :

  • RM 350 sebulan (Setiap individu)
Semak Syarat Kelayakan Disini :
  • Warganegara Malaysia 
  • Menetap di Malaysia
  • Merupakan warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas
  • Warga emas yang tidak tinggal di institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma atau
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan.
  • Berpendapatan tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita.
Cara Membuat Permohonan Bantuan Orang Tua (BOT)

Cara untuk membuat permohonan iaitu secara online (atas talian) dan setelah itu perlu pergi kemana-mana cawangan JKM yang berdekatan

1. Secara Online (Atas Talian)
  • Layari laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat disini :
  • Klik butang Daftar Permohonan Atas Talian
  • Sila baca dan fahamkan notis dan butiran yang perlu diisi. 
  • Anda perlu isi dua bahagian iaitu A dan B.
  • Setelah anda mengisi kedua-dua bahagian tersebut dengan lengkap dan sahih, anda perlu klik butang ‘Keputusan’
2. Manual
  • Pemohon atau wakil perlu hadir ke Pejabat JKM mengikut daerah mana yang anda telah pohon secara online.
  • Anda perlu hadir sekurang-kurangnya 14 hari dari permohonan online yang telah dilakukan di atas.
  • Anda juga perlu hadir bersama borang permohonan yang anda perlu muat turun di bawah :

Pemohon atau wakil perlu datang bersama dokumen-dokumen yang diperlukan antaranya :
  • Salinan MyKad pemohon.
  • Salinan MyKad ahli keluarga yang tinggal bersama pemohon.
  • Salinan penyata pendapatan atau surat akuan pendapatan jika bekerja sendiri
  • Salah satu bil utiliti (air/ elektrik/ astro) yang menunjukkan alamat rumah.
  • Jika sakit atau tidak bekerja, dapatkan salinan laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kerajaan atau swasta.
  • Mana-mana dokumen lain yang dirasa perlu dibawa selain dokumen di atas.
Semoga informasi di atas mampu memudahkan anda untuk membuat proses permohonan. Terima kasih

0 thoughts on “Bantuan Orang Tua (BOT) JKM Bakal Dinaikkan Sehingga RM 1,000? Rujuk sekarang !”

  1. BoT itu hanya kenyataan politik Midin untuk tambat hati rakyat utk menangkan PHD4P di PRU15. Jika berjaya, maka akan berulang lagi kisah manifesto bukan kitab suci.

    Reply
  2. Saya warga mas umur 64 thun.dpat bantuan am je.sedangkn saya tiada pendapatan lain.tingal sorng diri.x blh ke ditukarkan kebantuan orang tua

    Reply

Leave a Reply to Unknown Cancel reply