Bantuan RM 20,000 Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

 

Kerajaan menawarkan bantuan atau subsidi untuk membina rumah di atas tanah sendiri sehingga RM 20,000.

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) ialah sebuah syarikat pembangunan perumahan negara yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan Malaysia sejak 1997. SPNB di bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Ia bertujuan untuk menyediakan rumah yang berkualiti tinggi dan mampu milik kepada setiap isi rumah yang layak di Malaysia.

RUMAH MESRA RAKYAT (RMM)

Program RMM ini diwujudkan atas usaha untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah persendirian yang boleh dibina rumah sendiri untuk tujuan keselesaan mereka.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut ialah syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak SPNB dan KPKT :
  • Bakal pemohon haruslah Warganegara Malaysia
  • Pemohon hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM 3,000
  • Pemohon serta pasangan haruslah yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah yang usang
  • Tapak tanah adalah bersesuaian dan bebas daripada gadaian atau bebanan ke atasnya.
  • Sekiranya pemohon adalah bukan pemilik tanah maka pemohon harus meminta kebenaran daripada pemilik tanah
  • Keluasan tanah adalah tidak kurang daripada 3,600 kps

HARGA DAN CIRI-CIRI RMM

Berikut ialah harga dan ciri-ciri RMM yang disediakan oleh pihak SPNB. Kesemua jenis rumah RMM adalah sama konsepnya iaitu 1 tingkat dengan 2 bilik air dan 3 bilik tidur.


1. Keluasan Rumah 1,000 KPS (Semenanjung)
  • Harga : RM 75,000
  • Subsidi Pembinaan : RM 20,000
  • Jumlah Pinjaman : RM 55,000
  • Anggaran Bayaran Bulanan selama 16 tahun : RM 300 sebulan
2. Keluasan Rumah 850 KPS (Pulau di Semenanjung)
  • Harga : RM 85,000
  • Subsidi Pembinaan : RM 20,000
  • Jumlah Pinjaman : RM 65,000
  • Anggaran Bayaran Bulanan selama 16 tahun : RM 350 setahun
3. Keluasan Rumah 750 KPS (Sabah,Sarawak,Labuan)
  • Harga : Bermula RM 75,000 – RM 106,000
  • Subsidi Pembinaan : RM 20,000
  • Jumlah Pinjaman : RM 55,000 – RM 86,500
  • Anggaran Bayaran Bulanan selama 16 tahun : RM 300-RM470 sebulan

CARA PERMOHONAN

Untuk pengetahuan anda, permohonan boleh dibuat dengan dua(2) cara iaitu secara Online atau Manual.

1. Permohonan Secara Online
  • Layari laman web SPNB https://rmr.spnbonline.com.my/
  • Klik Pendaftaran Baru dan isikan borang pendaftaran dengan lengkap
  • Seterusnya, ID dan Kata Lalaun akan dihantar ke e-mel
  • Log masuk ke SPNB dengan ID dan kata laluan yang telah diberikan
  • Lengkapkan borang yang dikendaki
  • Selesai isi borang, klik Selesai Pendaftaran
  • Seterusnya, cetak borang tersebut
  • Akhir sekali, hantar borang beserta dokumen yang lengkap ke Pejabat SPNB yang berdekatan
2. Permohonan Secara Manual
  • Pemohon boleh dapatkan borang permohonan di Cawangan SPNB
  • Setelah selesai isi, hantar kembali borang beserta dokumen yang diperlukan

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut ialah antara dokumen yang diperlukan
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika ada)
  • Salinan geran hak milik tanah terbaru dan sijil carian rasmi daripada Pejabat Tanah yang terbaru
  • Slip gaji terkini selama 3 bulan / surat akaun sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon 
  • Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memilki rumah atau memiliki rumah yang usang
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  • Salinan sijil nikah pemohon
  • Borang laporan tapak bergambar
PERHATIAN !

Surat pengesahan pendapatan / tidak memiliki rumah / memiliki rumah usang hendaklah disahkan melalui Penghulu Ketua Kampung / Pegawai Profesional Kelas A

SEMAKAN KELULUSAN

Segala maklum balas akan diberikan dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh permohonan dan kelulusan hanya akan dibuat mengikut peruntukan kewangan tahunan.
  • Tempoh pembinaan rumah yang diperuntukkan adalah selama 18 bulan daripada tarikh penyerahan tapak kosong dan perjanjian.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh hubungi talian rasmi ibu pejabat Syarikat Perumahan Negara Berhad 
  • 03-2618 5555 
  • 03-2618 5556
Anda juga boleh hadir ke cawangan SPNB berdekatan anda untuk bertanya apa-apa soalan mengenai Rumah Mesra Rakyat ini.

0 thoughts on “Bantuan RM 20,000 Bina Rumah Atas Tanah Sendiri”

  1. Leceh la..jgn berhrp pde yg Geran memiliki nama lebih Dari seorg..harus mendpt persetujuan semua penama tersebut..jika ada yg tidak setuju, bermimpi sahajalah memiliki rumah sendiri

    Reply
  2. Rumah dah siap dan tabung sendiri dah kosong.bolih tak mohon sbb tak pernah mohon dan tak pernah dapat subsidi…sekurang2nya adalah modal sikit utk meneruskan kelansungan dan menjadi keusahawan kelak.

    Reply
  3. ๐‘ ๐‘Ž๐‘ฆ๐‘Ž ๐‘‘๐‘Žโ„Ž ๐‘š๐‘œโ„Ž๐‘œ๐‘› ๐‘๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž ๐‘กโ„Ž๐‘› 2010 ๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘ ๐‘Ž๐‘› ๐‘ ๐‘Ž๐‘ฆ๐‘Ž ๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž ๐‘๐‘’๐‘›๐‘๐‘’๐‘› ๐‘๐‘’๐‘›๐‘๐‘’๐‘› ๐‘ ๐‘Ž๐‘ฆ๐‘Ž ๐‘๐‘ข๐‘˜๐‘Ž๐‘› 5 ๐‘Ÿ๐‘–๐‘๐‘ข ๐‘๐‘’๐‘›๐‘๐‘’๐‘› 1600 ๐‘ฆ๐‘œ ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐‘‘๐‘Žโ„Ž ๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž ๐‘Ÿ๐‘ข๐‘š๐‘Žโ„Ž ๐‘ก๐‘’๐‘ก๐‘Ž๐‘๐‘– ๐‘Ÿ๐‘ข๐‘š๐‘Žโ„Ž ๐‘“๐‘™๐‘Ž๐‘ก ๐‘Ž๐‘›๐‘Ž๐‘˜ 7 ๐‘œ๐‘Ÿ๐‘” ๐‘ ๐‘’๐‘ ๐‘ข๐‘Ž๐‘– ๐‘˜๐‘œ ๐‘›๐‘Ž๐‘˜ ๐‘‘๐‘ข๐‘‘๐‘ข๐‘˜ 9 ๐‘œ๐‘Ÿ๐‘” ๐‘ ๐‘Ž๐‘ฆ๐‘Ž ๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž ๐‘ก๐‘Ž๐‘›๐‘Žโ„Ž ๐‘ ๐‘’๐‘›๐‘‘๐‘–๐‘Ÿ๐‘– ๐‘‘ ๐‘˜๐‘” ๐‘ ๐‘ข๐‘˜๐‘ข ๐‘’๐‘˜๐‘Ž๐‘Ÿ ๐‘š๐‘–๐‘›๐‘ก๐‘Ž ๐‘ƒ๐‘๐ต ๐‘ ๐‘’๐‘š๐‘Ž๐‘˜ ๐‘ ๐‘’๐‘š๐‘ข๐‘™๐‘Ž ๐‘˜๐‘’๐‘™๐‘Ž๐‘ฆ๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘›

    Reply

Leave a Reply to Unknown Cancel reply