Bantuan RM 300 Kepada Individu Yang Mencari Pekerjaan

 

SIP PRIHATIN 2.0 

Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) telah ditubuhkan pada 1 Januari 2018 untuk menyediakan penggantian pendapatan kepada Orang Berinsurans (OB) yang kehilangan pekerjaan.
OB yang memohon SIP akan menerima bantuan pekerjaan semula dari Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan (ESO).

Sebahagian daripada usaha mencari pekerjaan, OB dikehendaki untuk berdaftar dengan MyFutureJobs dan OB akan dipadankan dengan kekosongan jawatan yang sesuai.

 OB juga boleh memilih untuk menghadiri latihan kemahiran semasa menganggur atau selepas diambil bekerja dengan majikan baru yang mana ini adalah sebahagian daripada program pasaran buruh aktif SIP.

  • Perluasan Elaun Mencari Pekerjaan atau SIP PRIHATIN 2.0 yang diumumkan di bawah Pakej PEMULIH membolehkan individu yang tidak dilindungi di bawah Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO untuk turut menerima manfaat
Ini bermaksud, graduan baru, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal layak menerima insentif sekurang-kurangnya RM 300

SYARAT KELAYAKAN

Mesti ramai yang bertanya-tanya mengenai syarat kelayakan untuk SIP PRIHATIN 2.0, berikut ialah syarat kelayakan :
  1. Individu kehilangan pekerjaan yang tidak dilindungk di bawah Sistem Insurans Pekerjaan
  2. Berdaftar dan aktif menjalankan aktiviti carian pekerjaan melalui MYFutureJobs
  3. Individu menganggur
  4. Menghadiri sekurang-kurangnya 6 temuduga dalam tempoh 2 bulan
JUMLAH BANTUAN / KADAR

Berikut ialah kadar elaun yang diperuntukkan. Kadar elaun adalah berdasarkan carian pekerjaan seperti berikut : (sila baca dengan teliti)

  • Menghadiri temuduga terbuka- 3 temuduga dalam tempoh 30 hari untuk 2 bulan : Menerima elaun RM 300 selama 2 bulan
  • Kembali bekerja dalam tempoh menerima insentif bulan pertama dan telah menjalani sekurang-kurangnya 1 temuduga dalam tempoh dalam tempoh menerima elaun mencari pekerjaan : Menerima RM 400 secara one-off
CARA DAFTAR ELAUN MENCARI PEKERJAAN


Pendaftarkan perlu dilakukan melalui portal MyFutureJobs seperti berikut :
  • Melengkapkan butiran diri anda di laman web MyFutureJobs berikut https://www.myfuturejobs.gov.my/ms/halaman-utama/
  • Setelah mendaftar, anda boleh terus login dan mencari bidang kerjaya yang diinginkan mengikut lokasi yang ditawarkan
  • Kemaskini maklumat selanjutnya membolehkan anda membuat permohonan kerjaya dengan lebih mudah

0 thoughts on “Bantuan RM 300 Kepada Individu Yang Mencari Pekerjaan”

  1. Saya mahu mendaftarkan diri di dalam pencarian kerja tapi tak tahu cara bagai mana,mohon bagi pihak yang faham untuk membantu saya terima kasih.

    Reply
  2. Saya mahu mendaftarkan diri di dalam pencarian kerja tapi tak tahu cara bagai mana mohon bagi pihak yang faham untuk membantu saya terima kasih

    Reply

Leave a Reply to Unknown Cancel reply