Bantuan RM 300 Untuk Beli Telefon Pintar

 

Pada pembentangan PEMERKASA  pada Mac lalu, pelbagai insentif daripada pelbagai sektor yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Antara insentif yang menarik perhatian rakyat ialah pelaksanaan GKP 3.0 dan bantuan RM 500 kepada penerima BPR.

Selain itu, insentif subsidi atau bantuan RM 300 kepada pelajar untuk membeli telefon pintar turut terdapat.

Subsidi Pembelian Telefon Pintar RM 300
Perdana Menteri berkata, subsidi yang disediakan adalah untuk merapatkan jurang digital golongan B40 dan menyokong agendo pendigitalan negara.

Umum tahu bahawa pada pembentangan Belanjawan 2021 November lalu, Menteri Kewangan menyatakan bahawa subsidi pembelian telefon pintar adalah RM 180 seorang.

Kini nilai RM 180 itu telah dinaikkan kepada 
  • RM 300 seorang.
Syarat Kelayakan 

Berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan, bantuan ini terbuka kepada 

  • Isi rumah yang mempunyai anak yang masih bersekolah
  • Semua penerima BPR dan rakyat yang tergolong dalam B40 layak.
Cara Permohonan 


Setakat ini, tiada kenyataan rasmi atau panduan rasmi berkaitan cara permohonan bantuan tersebut. 

Pengumuman rasmi serta panduan kemungkinan besar akan dikeluarkan pada Mei depan.



0 thoughts on “Bantuan RM 300 Untuk Beli Telefon Pintar”

Leave a Reply to Unknown Cancel reply