MySalam merupakan satu inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang menyediakan perlindungan takaful untuk golongan berpendapatan rendah menerusi Dana Amanah MySalam.
Selain itu, perlindungan ini dikatakan untuk membantu dan memudahkan kehidupan rakyat yang berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan dengat penyakit yang dihidap.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan sekiranya berminat untuk permohonan MySalam Individu berumur antara 18 tahun sehingga 65 tahun dan pasangan
- Individu berumur antara 40 tahun sehingga 65 tahun serta berpendapatan tahunan kurang RM 24,000
- Individu Orang Kurang Upaya berumur 18 tahun sehingga 65 tahun serta berpendapatan tahunan kurang RM 24,000
MANFAAT MYSALAM
Pelbagai manfaat yang akan diterima oleh para pemohon yang termasuklah
- menerima bayaran RM 8,000 yang diagihkan dalam masa yang ditetapkan
- menerima bayaran harian untuk tempoh 14 hari setahun pada kadar RM 50 sehari atau RM 700 setahun
CARA MOHON MYSALAM
Untuk pengetahuan pembaca, permohonan MySalam tidak perlu dimohon. Ini kerana semakan akan dilaksanakan secara automatik dengan menggunakan data bantuan seperti data BPR dan BKC.
Berikut ialah panduan untuk membuat semakan sama ada anda layak untuk menerima MySalam
- Penerima BPR/BKM B40 layak secara automatik dan akan terus dimasukkan ke dalam sistem MySalam
- Semakan kelayakan boleh dibuat melalui portal rasmi MySalam : https://www.mysalam.com.my/b40/info/
- Semua penerima yang layak akan dimaklumkan menggunakan sistem SMS bermula 1 Mac 2019
- Tetapi sekiranya anda tidak menerima SMS tersebut, anda boleh hantar e-mel di info@mysalam.com.my atau hubungi talian 1-300-888-938
SENARAI PENYAKIT YANG BOLEH MENERIMA RM 700
Berikut merupakan senarai 45 jenis penyakit yang anda boleh tuntut dengan MySalam berjumlah RM 700 atau RM 8,000.
Jika terdapat saudara, kenalan atau anda yang dalam kategori B40 mempunyai penyakit seperti di bawah, ini bermaksud anda layak untuk menerima MySalam
- Penyakit Alzheimer
- Angioplasti
- Meningtis Bakteria
- Tumor Otak Benign
- Buta
- Pembedahan Otak
- Kanser
- Kardiomiopati
- Anemia Aplastik Kronik
- Koma
- Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
- Pekak Kekal
- Ensefalitis
- Kegagalan Hati Tahap Akhir
- Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir
- AIDS Gejala Penuh
- Hepatitis Viral Fulminan
- Serangan Jantung
- Pembedahan Injap Jantung
- Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah
- Kegagalan Buah Pinggang
- Kehilangan Upaya Hidup Sendiri
- Hilang Keupayaan Bertutur
- Trauma Kepala Major
- Transplan Organ Utama
- Penyakit Neuron Motor
- Sklerosis Multipel
- Distrofi Otot
- Kelumpuhan Anggota
- Penyakit Parkinson
- Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
- Penyakit Arteri Koronari Serius
- Strok / Angin Ahmar
- Pembedahan Aorta
- Lupus Eritematosus Sistemik
- Kelecuran Tahap Tiga
- Virus HIV Dijangkita melalui Pekerjaan
- Penyakit Terminal
- Penyakit Sistik Medular
- Sindrom Apallic
- Poliomielitis
- Skleroderma Progresif
- Keradangan Pankreas
- Penyakit Untut
- Penyakit Lembu Gila
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut berkaitan MySalam atau senarai penyakit di atas, anda boleh terus rujuk portal rasmi MySalam di
haha
Kenapa duit Musalam tak dapat² lagi penat lah menunggu duit dri kuaritin dari Musalam😔
Ok terbaik
Mcm haram jadah AK yg tak bekerje X lulus …kerajaan setan
??