BANTUAN SARA DIRI MAHASISWA NEGERI PERAK

 

Seperti yang kita sedia maklum, penangguhan pendaftaran kemasukan IPT pada bulan Oktober telah menybabkan ramai pihak mengalami kerugian.  Mereka yang berada daripada golongan B40 merupakan yang paling terjejas dalam penangguhan ini.

Oleh itu, Kerajaan Negeri Perak menerusi Menteri Besarnya YAB Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu telah mengumumkan insentif BANTUAN SARA DIRI MAHASISWA

Syarat Kelayakan

  • Bantuan sara diri ini hanya terbuka kepada Mahasiswa Anak Perak ataupun mahasiswa yang lahir di Perak sahaja.
  • Selain itu, bantuan ini khas kepada Mahasiswa Anak Perak yang terkesan akibat penangguhan pendaftaran sesi Oktober 2020.
  • Mahasiswa haruslah merupakan golongan kumpulan B40 sahaja.

Jumlah Bantuan 

Bantuan sara diri berjumlah RM 150.00 kepada Mahasiswa Anak Perak.

Bantuan ini telah melibatkan peruntukan lebih RM 200,000.00 serta akan memanfaatkan RM 1,500 mahasiswa.

Cara Membuat Permohonan

Jika anda berkelayakan, anda tidak perlu mengisi mana-mana borang. Anda hanya perlu hubungi talian Hotline atau Whatsapp ke nombor 012-664 0864 (Azlen) 019-400 0514 (Shima) atau hubungi Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) di talian 05-318 3290 (9 pagi – 6 petang sahaja)

Leave a Comment