Sepertimana pengumuman oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan semasa pembentangan Belanjawan 2025, Kerajaan MADANI akan menyalurkan bayaran akhir Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2024 secara berperingkat1 mulai 7 November 2024 (Khamis) kepada 8.7 juta penerima mengikut kategori kelayakan masing-masing
Pada masa yang sama, Kerajaan MADANI akan menyalurkan bantuan tunai tambahan one-off Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 8 juta penerima STR yang bukan daripada kumpulan miskin dan miskin tegar mengikut kaedah pembayaran STR mulai 9 Disember 2024 (Isnin). Manakala baki 700,000 penerima STR daripada kumpulan miskin dan miskin tegar akan terus menerima manfaat bantuan SARA sepanjang tahun.
Pembayaran STR Fasa 4 akan disalurkan secara berperingkat
Peningkatan peruntukan sebanyak 30% adalah yang tertinggi pernah diberikan Kerajaan untuk menangani kos sara hidup rakyat. Ia akan memanfaatkan hampir 60% penduduk
berpendapatan rendah dan sederhana rendah.
Kenaikan peruntukan ini merupakan hasil penstrukturan semula kewangan Kerajaan yang mengambil pendekatan untuk mengagihkan semula kekayaan negara kepada rakyat terbanyak setakat ini.
Permohonan STR 2024 yang layak menerima bayaran STR adalah merujuk kepada Permohonan STR berstatus Lulus dan melepasi semakan verifikasi kelayakan.
Kaedah Pembayaran STR adalah seperti berikut:
a. Kredit ke Akaun Bank
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan
b. Tunai di Kaunter BSN
Pembayaran akan dilakukan secara tunai kepada penerima sekiranya:
i. Status pengkreditan gagal kredit; atau
ii. Tiada Maklumat akaun bank
KELAYAKAN
Kadar bayaran STR 2024 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan. Amaun bayaran yang akan diterima oleh penerima STR adalah secara berfasa mengikut kategori kelayakan bagi setiap fasa permohonan.Amaun kelayakan mengikut fasa permohonan STR adalah seperti berikut:
Amaun bayaran yang akan diterima adalah mengikut amaun bagi setiap fasa permohonan. Jika Permohonan STR Lulus pada permohonan fasa 1 maka anda akan menerima bayaran STR fasa 1 sebanyak RM100 dan diikuti dengan bayaran bagi fasa seterusnya.
Senarai Pembayaran STR Fasa 4 mengikut kategori kelayakan masing-masing:
Jadual bayaran SARA kepada penerima STR bukan miskin dan miskin tegar berperingkat mulai 9 Disember 2024 mengikut kaedah pembayaran STR:
Jadual Permohonan STR 2025 – Sepanjang Tahun:
Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut. Semakan status pembayaran dan kelulusan STR boleh dibuat melalui pautan yang sama.
SEMAKAN STATUS
Semakan status bayaran STR Fasa 4 boleh dibuat mulai 07 November 2024 melalui:
i. Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk MySTR > Semakan Pembayaran; atau
ii. Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store/ App Store pada telefon bimbit; atau
iii. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
iv. Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
Hadir ke LHDNM yang berhampiran.
SEMAKAN STATUS MELALUI PORTAL
Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my?
J: Semakan status pembayaran oleh dibuat pada menu seperti berikut:
i. Klik Log Masuk MySTR
ii. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
iii. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
iv. Masukkan Kata Laluan
v. Klik Semakan Status
vi. Klik Maklumat Bayaran
Semak maklumat lanjut di Portal STR INI.
NOTIS AMARAN
LHDNM TIDAK MENYEDIAKAN perkhidmatan permohonan baharu, permohonan kemas kini atau semakan status permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 secara bergerak melalui Pegawai LHDNM yang hadir ke rumah pemohon.
TIADA CAJ yang dikenakan bagi permohonan baharu, permohonan kemas kini atau semakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024. Pemohon dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dengan skim penipuan atau ‘scam’ yang aktif di media sosial. Pemohon dinasihatkan untuk merujuk Portal Rasmi STR bagi sebarang semakan dan makluman terkini