Pada Jumaat lalu sewaktu pembentangan Belanjawan 2021, kerajaan sekali lagi melancarkan Bantuan Khas E-wallet RM 50 secara one-off bermula 2021.
Bantuan ini akan melibatkan 1.5 juta belia seluruh negara. Inisiatif dengan peruntukan 75 juta ringgit ini adalah utnuk membantu kehidupan seharian para belia.
Pemberian RM 50 ke dalam akaun e-wallet belia ini adalah di dalam Strategi 4: Mengutama Agenda Keterangkuman, Langkah 6: Pembangunan Belia dan Sukan.
Syarat Kelayakan Bantuan E-Wallet
Syarat kelayakannya ialah :
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun sehingga tidak lebih daripada 20 tahun.
- Memiliki salah satu aplikasi perkhidmatan untuk penebusan bantuan seperti Grabpay, Boost atau TNG e-wallet
Baca juga : Bandingkan Jumlah Bayaran BPR dan BSH
Cara Membuat Permohonan
- Tiada permohonan bersurat atau pergi ke mana-mana pejabat kerajaan diperlukan.
- Bantuan ini akan anda terima sekiranya anda memuat turun/download salah satu daripada tiga aplikasi di atas.
- Setelah itu, anda perlu mendaftar akaun atau verifikasi akaun menggunakan kad pengenalan anda.
- Mengisi segala butiran yang diperlukan.
Perhatian !
Bantuan ini hanya akan diperolehi sekiranya anda layak pada awal Januari 2021. Sekiranya anda layak, bantuan ini terus anda boleh tebus menggunakan verifikasi kad pengenalan. Info berkaitan ini, kami akan sentiasa kemaskini dari masa ke masa.
Terbaik 👍👍👍
good job.. kita mesti menang
Kita mesti menang
Huhuhu
Terbaik….👍
cantik balik terbaik boss
Baik
Baikkkk
𝐁𝐞𝐭𝐮𝐥 𝐤𝐞 𝐛𝐞𝐬𝐭𝐩𝐫𝐨𝐝𝐮𝐜𝐭 𝐛𝐥𝐞𝐡 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐢 𝐫𝐦300𝐤 𝐧𝐢 𝐲𝐞?
mcm mna nk daftar ewallet 100 ye
Tebus ewallet