Benarkan Pengeluaran Caruman KWSP

 

Kuala Lumpur : Kerajaan diminta membenarkan tuntutan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kali terakhir secara bersasar menerusi bantuan kewangan i-Ceria.

Datuk Seri Mohd Salim Sharif (BN-Jempol) berkata pengeluaran itu perlu diberikan kepada pihak yang memerlukan bergantung jumlah simpanan masing-masing bagi mendepani situasi pasca Covid-19.

Ini kerana, katanya keperluan mendesak dalam kalangan rakyat untuk menggunakan sebahagian wang persaraan mereka bagi meneruskan kelangsungan hidup.’

Beliau berkata, tuntutan itu semata-mata bagi memastikan permintaan ‘Keluarga Malaysia’ dipenuhi, khususnya bagi yang masih bergelut dengan kesusahan akibat pandemik Covid-19.

“Ditambah pula, musibah banjir baru-baru ini, sudah tentunya merencatkan perjalanan mereka yang baru sahaja memulakan fasa kehidupan baharu. Keadaan mereka ini sudah tentunya semakin parah, bagaikan ‘sudah jatuh ditimpa tangga’.

“Sebagai kerajaan yang sentiasa memahami denyut nadi rakyat dan sentiasa mendengar setiap keluhan isi hati rakyat. Saya merayu bagi pihak mereka supaya kemudahan i-Ceria dapat diluluskan, agar senyuman dapat terukir kembali pada wajah ‘Keluarga Malaysia’.

“Memandangkan jaminan sambutan Aidilfitri tahun ini juga diberikan Bera, maka kemudahan i-Ceria ini bakal memberi makna tersendiri buat ‘Keluarga Malaysia’,”katanya.

Beliau berkata sedemikian ketika perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Sumber: Berita Harian Online

0 thoughts on “Benarkan Pengeluaran Caruman KWSP”

  1. Bg lah rakyat I ceria jika benar.. Mcm kami suami isteri xbekerja.. Mcm mana.. Dengan persekolahan naik Darjah.. Beli baju semua xboleh pakai sebb pkp tahun ii sudah..pikir lah menteri..

    Reply
  2. KALAU CAKAP DH LULUS.. HA TUNGGU APA LGI MSUKKN LA.. CKAP LLUS NK KSI RKYAT RSA LEGA LA..MMANG TK LA SELAGI WANG KMI TK MSUK KE AKAUN DN MSJ DRI KWSP BLM DPAT MMANG TK PRCAYA LA.. KMI SEMUA MAU WANG KMI DLM BULAN NI JGK2… KMI SEMUA RKYAT SDAH LTIH MNUNGGU SMPAI SKRANG SDAH 7 BULAN LBIH… ZAFRUL FAHAM KE TK FAHAM BHASA MLAYU NI.. KLAU TK FHAM BHASA MLAYU NK KMI CKAP BHASA CINA KA

    Reply
  3. Kerajaan mana Ada timbang Rasa langsung..sebelum ni sy telah luahkan APA yg sy sekeluarge alami, tetapi mane la kerajaan herankan.. deviden Naik melonjak 6.something , ITU diibarat menganjing rakyat..agong pun mintak luluskan, tetapi kerajaan skrng ni dah Mula Naik tocang.. last2 masuk tembolok sndri.. takpe, satu penggal jela kerana ni dpt.. KERAJAAN SEPATUTNYE ADA TIMBANG RASA UTK RAKYAT..YG KAMI NK KAN HANYA DUIT KAMI.. SIBUK DGN HARI TUA BAGAI… PADAHAL SNDRI NK MKN……..

    Reply
  4. Kerajaan sepatutnya dengar luahan rakyat tengok masalah rakyat, saya paham bukan semua menteri kerajaan ni tidak berhati perut, hanya segelintir sahaja menteri kerajaan yg pentingkan diri sendiri, pangkat, poket sendiri, periuk nasi sendiri dan keselesaan hidup sendiri. Siapakah yg berkuasa sebenarnya untuk meluluskan i-ceria kwsp ni..? Dialah yg patut dgr luahan rakyat, patut buat keputusan wajar, bukan cakap tuk hari tua hari… Tu duit rakyat bukan duit kwsp.. kita sampai hari tua atau tidak, tu ketentuan tuhan.. rakyat yg berhak tentukan kerajaan..pikir2 laa.. siapa sayang rakyat maka rakyat pun sayang dia..💪👌

    Reply
  5. Harap pak2 menteri luluskanlah duit kwsp kami,kami dalam kesusahan dan terdesak sekarang ni,apa susah sangat kami hanya nak duit titik peluh kami

    Reply

Leave a Reply to Unknown Cancel reply