BKC Fasa 1 mula dibayar pada 6 September dan jumlah yang bakal diterima ialah sehingga RM 500

 

Setelah berminggu-minggu rakyat menunggu khabar berkaitan Bantuan Khas Covid-19 (BKC), kini pihak Kerajaan telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai tarikh bayaran BKC Fasa 1 yang telah ditunda disebabkan krisis politik.

Para penerima telah boleh mengzahirkan rasa syukur kerana tarikh pembayaran rasmi telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada petang Rabu.

PERINCIAN TARIKH PEMBAYARAN BKC

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, proses pengkreditan Fasa 1 BKC akan bermula pada

  • 6 September dan dijangka selesai pada 10 September 2021
Untuk golongan Miskin Tegar & B40 
  • Bayaran secara berperingkat bermula 6 September 2021
Untuk golongan M40 
  • Bayaran secara berperingkat bermula 9 September 2021
Manakala, bagi yang tiada akaun bank
  • Anda boleh menebus ke mana-mana kaunter BSN bermula 6 September
JUMLAH BAYARAN FASA 1


Pembayaran BKC fasa 1 ialah sehingga RM 500 untuk setiap penerima mengikut kelayakan anda. Berikut merupakan maklumat terperinci

1. Golongan Miskin Tegar
  • Isi Rumah – RM 500
  • Warga emas/Sebatang kara – RM 200
  • Bujang – RM 200
2. B40
  • Isi rumah – RM 500
  • Warga emas – RM 200
  • Bujang – RM 100
3. M40
  • Isi rumah – RM 250
  • Warga emas – RM 100
  • Bujang – RM 100
CARA BAYARAN 


Pembayaran adalah secara berperingkat. Mungkin anda perlu menunggu beberapa hari sebelum dikreditkan ke akaun bank anda.
  • Pembayaran adalah secara automatik ke akaun bank
  • Untuk yang tiada akaun bank, anda boleh terus tebus di cawangan BSN bermula 6 September
KENYATAAN RASMI PM MELALUI FACEBOOK

Petikan berikut diambil melalui Facebook rasmi Perdana Menteri,

“Saya ambil maklum akan kelewatan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) dan saya telah mengarah Kementerian Kewangan untuk menyegerakan proses pembayaran ini. Hari ini (1 Septeber 2021), kerajaan akan menyalurkan dana berjumlaj RM 3.1 billion kepada institusi perbankan yang berkaitan.

Fasa 1 bagi proses pengkreditan bantuan ini akan bermula 6 September 2021 dan dijangkan selesai 10 September 2021. Seramai 10 juta ahli Keluarga Malaysia yang terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 yang berkelayakan dijangka dapat merasi manfaat hasil keprihatinan kerajaan ini.


0 thoughts on “BKC Fasa 1 mula dibayar pada 6 September dan jumlah yang bakal diterima ialah sehingga RM 500”

Leave a Reply to Unknown Cancel reply