BKM Bujang : Semakan Status Dan Tarikh Bayaran

 

Golongan bujang boleh dikatakan sangat didahulukan oleh kerajaan. Kita boleh lihat melalui Bajet 2022, pelbagai insentif kepada golongan bujang pada tahun 2022 ini termasuklah Bantuan Keluarga Malaysia.

Berikut ialah semakan status dan tarikh bayaran BKM Bujang 2022.

PERMOHONAN DAN KEMAS KINI BKM

Permohonan dan kemas kini Bantuan Keluarga Malaysia telah ditutup pada penghujung Januari lalu iaitu 31 Januari 2022. 

Untuk membuat semakan status, anda boleh terus rujuk ke laman web rasmi BKM 2022 : bkm.hasil.gov.my

JUMLAH BANTUAN

Untuk jumlah maksimum Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah RM 2,500 (untuk isi rumah sahaja) termasuk Bantuan Tambahan 

Manakala, jumlah pembayaran untuk BKM Bujang adalah berbeza seperti berikut :

1. Bujang Dan Berpendapatan RM 2,500 dan bawah
  • Bantuan berjumlah RM 350
2. Warga Emas Dan Tiada Pasangan (Duda, Balu, Janda tiada anak) Berpendapatan RM 5,000 dan ke bawah
  • Bantuan berjumlah RM 600
3. Kategori Ibu Atau Bapa Tunggal yang mempunyai anak (Bantuan Tambahan)
  • Bantuan berjumlah RM 500

TARIKH BAYARAN

Bayaran BKM dibuat sebanyak 4 kali setahun untuk 2022. Pembayaran pertama dijangkakan dibuat pada Mac 2022. Tetapi, belum ada perincian terkini untuk pembayaran Mac setakat ini.

KAEDAH BAYARAN

Berikut adalah antara kaedah bayaran untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 :

1. Mempunyai Akaun Bank Dan Berjaya Kredit

  • Pembayaran dikreditkan ke akaun bank terkini yang sudah didaftar
2. Mempunyai Akaun Bank Tetapi Gagal Kredit
  • Tebus atau tuntut secara tunai melalui kaunter BSN berdekatan
3. Tiada Akaun Bank
  • Tuntutan tunai di cawangan BSN berdekatan

0 thoughts on “BKM Bujang : Semakan Status Dan Tarikh Bayaran”

Leave a Reply to Unknown Cancel reply