BKM FASA 1 : Semakan Status Dan Tarikh Bayaran

PERMOHONAN  DAN KEMAS KINI BKM

Permohonan dan kemas kini BKM telah ditutup pada 31 Januari 2022 lepas. Untuk membuat semakan status permohonan sama ada layak atau tidak boleh rujuk di : www.bkm.hasil.gov.my

JUMLAH BANTUAN

Jumlah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) maksimum ialah berjumlah 
  • RM 2,000
Manakala jumlah bantuan tambahan BKM adalah seperti berikut :
  • Bantuan tambahan berjumlah RM 500 kepada penerima isi rumah berstatus ibu bapa tunggal yang mempunyai anak menepati syarat
  • Bantuan tambahan RM 300 kepada penerima isi rumah berstatus warga emas
JUMLAH KESELURUHAN

Setiap isi rumah yang layak Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan bantuan tambahan BKM akan menerima bantuan keseluruhan maksimum berjumlah
  • RM 2,500

TARIKH BAYARAN

Bayaran BKM dibuat sebanyak 4 kali setahun. Pembayaran pertama dijangka dibuat pada Mac 2022 ini. Tetapi, belum ada perincian tarikh pembayaran pada bulan Mac setakat ini.

KAEDAH BAYARAN

Berikut ialah antara kaedah bayaran untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 :

1. Mempunyai Akaun Bank Dan Berjaya Kredit
  • Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank terkini yang telah didaftarkan
2. Mempunyai Akaun Bank Tetapi Gagal Kredit
  • Boleh buat tuntutan secara tunai melalui kaunter bank BSN berdekatan
3. Tiada Akaun Bank
  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN berdekatan

0 thoughts on “BKM FASA 1 : Semakan Status Dan Tarikh Bayaran”

  1. Diantara BR1M(BN),BPR(PAKATAN HARAPAN)
    BPN(PAKATAN NASIONAL),BKM(??)..yg mana
    satu bantuan yg btl2 faham jiwa dan kadar yg logik UTK hidup?

    Reply
  2. sy tk sempat daftar bkm mcm mn sy nk dptkn jgk bantuan tu .sy juge memerlukan nye ..sy student kje tkde lg alaun pn tkde dah..jenoh dh pinjam org sane sini tebal muke dah..nk minta bantuan plk byk plk songeh nye itu ini nk dpt belom tentu lg ..pastu tau² harap maaf ,anda tidak layak.. cukup payah komei..

    Reply

Leave a Reply to Padmopriya Cancel reply