BKP : Bantuan Kehilangan Pendapatan Berjumlah RM 500 Disalurkan Bermula Oktober

 

Pemberian Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) telah heboh didengari oleh masyarakat sejak bulan Mac lalu lagi yang diumumkan oleh Perdana Menteri ke-8.

Namun ia terpaksa ditangguh dan digantikan dengan bantuan lain pada Jun lalu. Tetapi, informasi terbaru mengatakan bahawa BKP akan kembali disalurkan dalam masa terdekat.


BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN (BKP)

Pada pengumuman PEMULIH lepas, Perdana Menteri kembali mengumumkan bantuan kehilangan pendapatan.

Bantuan ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang kehilangan pendapatan / kehilangan pekerjaan dalam tempoh pandemik ini.

JUMLAH BANTUAN


Jumlah bantuan yang diumumkan adalah sama dengan jumlah bantuan tempoh hari iaitu :
  • RM 500 seorang
  • Pembayaran akan dilaksanakan secara one-off 
CARA PERMOHONAN DAN KELAYAKAN

Tiada permohonan rasmi diperlukan setakat ini oleh mana-mana pihak kerajaan. Tetapi, jika kelayakan adalah sama seperti syarat kelayakan bantuan kehilangan pendapatan yang diumumkan pada Mac lepas,

Syarat kelayakan adalah seperti berikut :
  • Penerima bantuan adalah untuk mereka yang berumur antara 21 hingga 60 tahun.
  • Bantuan akan dibayar ke akaun penerima selepas pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang dibuat melalui sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

TARIKH BAYARAN

Kementerian Kewangan telah mengeluarkan kenyataan bahawa bayaran BKP akan bermula pada
  • Bulan Oktober 2021
  • Tetapi buat setakat ini, tiada tarikh rasmi dikeluarkan oleh mana-mana pihak kerajaan



0 thoughts on “BKP : Bantuan Kehilangan Pendapatan Berjumlah RM 500 Disalurkan Bermula Oktober”

  1. Alhamdulillah…sangat² membantu dngn bantuan 500 untuk bulan oktober ni,sya sudah hampir 1tahuN tidak bekerja,mulanya disebabkan pandemik..setelah beberapa bulan tidak bekerja,sya kini mendapat penyakit yg tidak tahu apakah penyebab nya,msih dpt siasatan doktor..sya sudah berumah tangga,dan mempunyai seorg anak.. bantuan yg kerajaan berikan amat² sya hargai.. sngt² membantu rakyat yg dlm kesempitan wang untuk meneruskan hidup.. terima kasih.

    Reply
  2. As salam,saya bantuan dari kerajaan lansung tak dapat.LHDN tah buat apa tak tahu lah,buka rayuan omline bila kita nak bukak online tak bolih.sakit hati tgok org dapat bantuan macam2.saya ni apa bantuan pun tak dapat.

    Reply

Leave a Reply to Unknown Cancel reply