Cara Membuat Permohonan i-Sinar Kategori 2

 

Permohonan i-Sinar bagi kategori 2 akan dibuka pada 11 Januari 2021 (Isnin).

Berikut merupakan panduan untuk membuat permohonan i-Sinar untuk kategori 2.

Syarat Kelayakan

Terbuka kepada ahli yang masih bekerja (ks) tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa selepas Mac 2020).

Dokumen sokongan :
  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan dan
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa.
  • Dokumen sokongan seperti penyata bank juga boleh diberikan.
Cara Permohonan i-Sinar Kategori 2

Berikut merupakan panduan untuk permohonan Kategori 2

  1. Layari portal rasmi i-Sinar di https://isinar.kwsp.gov.my/
  2. Klik kolum Permohonan Baharu
  3. Seterusnya, isi Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon Bimbit
  4. Klik Teruskan
  5. Isikan Nombor OTP yang diterima melalui SMS dan tekan SAHKAN OTP atau JAWAB SOALAN KESELAMATAN untuk pengesahan
  6. Tetapkan Amaun Pilihan
  7. Tetapkan Bayaran Bulan Pertama dan tekan Teruskan
  8. Lengkapkan Maklumat Pemohon yang Wajib diisi
  9. Lengkapkan Maklumat Pembayaran
  10. Lampirkan Dokumen Sokongan
  11. Semak Maklumat Pemohon dan Maklumat Pembayaran dan tandakan sebelum tekan Hantar
  12. Permohonan telah diterima dan akan diproses


Cara Untuk Masukkan Dokumen Sokongan

  • Anda hanya perlu memuat naik dokumen secara online sahaja bermula 11 Januari 2021.
  • Pastikan gambar yang anda ambik mudah untuk dibaca.
  • Jika anda ingin me

    muat naik menggunakan fail, pastikan fail tersebut benar dan boleh dibuka.

Amaun i-Sinar Bagi Kategori 2

Berikut merupakan amaun yang anda boleh keluarkan dalam kategori 2 tetapi mengikut jumlah simpanan yang anda miliki.



0 thoughts on “Cara Membuat Permohonan i-Sinar Kategori 2”

Leave a Reply to Unknown Cancel reply