Cara Membuat Temujanji Online KWSP Untuk Urusan Kaunter

 

Bermula pada 1 Julai 2020 lalu, Kaunter Perkhidmatan KWSP akan beroperasi hanya menggunakan konsep janji temu yang perlu di mohon secara online terlebih dahulu.

Hanya ahli yang telah membuat temujanji / appointment sahaja yang dapat berurusan di bahagian kaunter KWSP.

Jadi kepada anda yang ingin berurusan menerusi kaunter, anda perlu membuat temujanji terlebih dahulu.

Sila rujuk panduan di bawah


Panduan Membuat Janji Temu KWSP 


Permohonan jani temu boleh dibuat melalui 2 cara berikut.

Cara 1

Menerusi Laman Web rasmi KWSP https://www.kwsp.gov.my/ menerusi pautan Permohonan Janji Temu Online

Cara 2

Menghubungi Pusat Panggilan Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000.

Saranan KWSP

  • Ahli disarankan untuk hadir sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal dari masa yang ditetapkan pada tarikh janji temu.
  • Ahli disarankan agar sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan berikutan langkah untuk membasmi COVID-19 seperti menjalani saringan suhu badan, pemakaian pelitup muka, mengamalkan penjarakan sosial dan menggunakan hand sanitiser.
  • Ahli juga dikehendaki untuk mendaftar 
  • (check-in) dengan mengimbas QR code menggunakan aplikasi MySejahtera.

NOTIS PENTING  

Mulai 1 November 2021 dan seterusnya, semua transaksi di kaunter KWSP tidak memerlukan Janji Temu Online (JTO) kecuali untuk Khidmat Nasihat Ahli (RAS).


Waktu Operasi Kaunter KWSP


1. Kaunter
  • 8:30 pagi sehingga 3:00 petang pada hari bekerja sahaja.

2. Khidmat Nasihat Perasaan (RAS)
  • 9:00 pagi sehingga 4:00 petang pada hari bekerj sahaja.
Mesti Buat Temujanji Selewat-Lewatnya 1 Jam Sebelum

Ahli boleh membuat permohonan temujanji seawal 30 hari dan selewatnya 1 jam sebelum masa janji temu tetapi bergantung kepada slot kekosongan slot pada tarikh dan waktu yang dimohon.

0 thoughts on “Cara Membuat Temujanji Online KWSP Untuk Urusan Kaunter”

  1. Permudahkan urusan org lain insyaallah Allah akan permudahkan urusan Kita.. kalau org Tak perlukan duit org Tak akan memohon jgn duit sendiri pun susah nk keluar..ajal maut jodoh rezeki Allah yg tentukannye

    Reply
  2. Saya seorang suri rumah nak buat permohonan pengeluaran insinar…sudah cuba online tapi tak dapat…call hotline pun tak dapat..buat janji temu online utk januari,sistem reject..keluar utk bulannfebruari..

    Reply
  3. Sy dh buat temujanji pengeluaran 55.tapi nmbr ic de satu tersilap nmbr..sedangkan permohonan temujanji dah lulus alhamdulillah.tapi nk betulkan nmbr ic tu cmne cara..dan nk semak balik on Line x boleh boleh…

    Reply

Leave a Reply to Unknown Cancel reply