Cara Mohon Bantuan Kehilangan Pendapatan RM 500

 

Pemberitahuan mengenai bantuan kehilangan pendapatan telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada Mac lepas.

Selaras dengan pengumuman PEMERKASA pada Mac, pelan tersebut diumumkan sebagai bantuan tambahan kepada rakyat sewaktu pandemik Covid-19.

Bantuan yang dikatakan akan dibayar tersebut pada Jun lalu telah ditangguhkan dan diganti dengan BPR tambahan.


BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN

Pada pengumuman PEMULIH lepas, Perdana Menteri kembali mengumumkan bantuan kehilangan pendapatan.

Bantuan ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang kehilangan pendapatan / kehilangan pekerjaan dalam tempoh pandemik ini.

JUMLAH BANTUAN

Jumlah bantuan yang diumumkan adalah sama dengan jumlah bantuan tempoh hari iaitu :
  • RM 500 seorang
  • Pembayaran akan dilaksanakan secara one-off 
SYARAT KELAYAKAN


Tiada syarat kelayakan rasmi dikeluarkan setakat ini oleh mana-mana pihak kerajaan. Tetapi, jika kelayakan adalah sama seperti syarat kelayakan bantuan kehilangan pendapatan yang diumumkan pada Mac lepas,

Syarat kelayakan adalah seperti berikut :
  • Penerima bantuan adalah untuk mereka yang berumur antara 21 hingga 60 tahun.
  • Bantuan akan dibayar ke akaun penerima selepas pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang dibuat melalui sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
TARIKH BAYARAN


Mengikut daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, 
  • Rakyat yang layak untuk menerima bantuan tersebut bermula Ogos 2021
  • Pembayaran adalah secara berperingkat

0 thoughts on “Cara Mohon Bantuan Kehilangan Pendapatan RM 500”

  1. Mcm mana pulak bagi yg kerja sebagai pembantu di pasar mana ada dpt payslip atau potong kwsp? Klau check di LHDN mana ada tunjuk yg kami pun pernah terjejas dgn pandemik ni dan skrg sdh kehilangan kerja?

    Reply
  2. Sy hilang keje,umah dah 2bulan tak bayar.terus mcm mne skrng BPR fasa ke2 tak lulus.cuba lah faham,sy anak 7org 3org malaysia 4org thailand.sy malaysia isteri sy thailand.semua tergendala.

    Reply
  3. Kami tak ada sumber pendapatan langsung nie star pkp hari tu sehinggalah skarang nie..kilang pun tutup..kami harap kerajaan dapat ambil iniseftif terhadap kami..

    Reply
  4. Saya ibu tungal kepada 1 orang anak,yang tidak bekerja sejak covid,segala perbelanjaan sy terjejas..Dengan macam mana anak sy dan nk makan..rumah sewa xmampu nak bayar

    Reply
  5. Pengumuman saja ke? Mana link permohonan? Jangan jadi macam bantuan prihatin Sabah Turbo 2.0/3.0 segalanya. Umum tapi x link mohon, duit ada dlm perbelanjaan

    Reply
  6. Saya peniaga kecil di pusat plancong cameron highlands.. Akibat dr wabak covic ni sy bkan sahaja kehilangan sumber pndapatan malah kerjaya sy musnah sama skali..brng2 niaga hbis rosak dibuang..kerana tiada pembeli brkunjung..peniaga yg mengharapkan plancong semata2 sbgai pmbeli..

    Reply
  7. Bpn saya tidak d luluskan alasan saya bekerja d luar negara sedangkan saya kerja d johor dan bekerja swbagai pemandu lori pwnghantar barang makanan ke aingapura.Dan kini saya tidak bekeeja lagi dan pulang kampung.saya mohon kerajaan sebelum membuat analisis individu pastikan dan maklumat yg betul anda terima.kalau boleh hubungi individu tersebut dan bertanyakan status individu tersebut.

    Reply
  8. Pergi ke Jabatan Kebajikan Masyarakat dan isi borang utk mendaftar utk mendapatkan bantuan bulanan..Pergi juga ke Jabatan Agama utk mengisi borang Bantuan..Insya Allah akan dpt bantuan…Cari siapa ADUN kwsn awak..pergi ke pusat khidmat ADUN..tentu dapat Bantuan

    Reply
  9. Ini yg diumumkan oleh Muhyiddin dulu…bantuan ini pun dah berkubur bersama Muhyddin..Dia hanya tahu umum je bermacam2 bantuan dengan berbilion2 ringgit..tapi rakyat tunggu punya tunggu…habuk pun tak ada…PRU 15 nanti giliran rakyat utk ajar politaik2 ni…jgn keluar mengundi…

    Reply
  10. saya masih blm ada pekerjaan tetap dan masih bergantung dgn bantuan yg diberikan ,saya mohon agar bantuan yg disalurkan kerana dimasa ini pekerjaan yg saya lakukan ini masih blm dpt atasi kewangan dlm kehidupan seharian saya dan masih bergantung dgn icitra setiap bulan, harap dipertimbangkan

    Reply
  11. Dah 5 bulan x kerja sampai skarang ada bantuan kerajaan lega sikit tauker lari xbayar gaji tel pon xakat anak 3 org semua bersekolah prndapatan skarang ni pon xtentu

    Reply

Leave a Reply to Unknown Cancel reply