Cara Mohon Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

 

Bantuan Khas Covid (BKC) merupakan bantuan yang diumumkan oleh bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pengemuman Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) Jun lalu.

Bantuan ini diberikan berikutan pandemik Covid-19 yang semakin meningkat untuk waktu ini.

CARA MOHON BKC 

Mesti ramai yang tertanya-tanya mengenai permohonan baharu Bantuan Khas Covid-19, berikut ialah informasi mengenainya.

Untuk pengetahuan anda, untuk BKC 
  • tiada permohonan diperlukan
  • Pengesahan penerima BKC akan dilakukan melalui semak silang pangkalan data BPR dan LHDNM
Supaya anda faham lebih lanjut mengenai pengesahan penerima BKC, sila rujuk maklumat di bawah :

  • Jika anda kategori Miskin Tegar dan B40 : Data pengesahan akan melalui permohonan BPR 2021.
  • Tetapi, jika anda merupakan kategori M40 : Data pengesahan akan melalui rekod percukaian LHDNM.
PERMOHONAN RAYUAN BKC ?

Untuk setakat ini, tiada informasi terbaru yang dikeluarkan permohonan rayuan BKC buat sesiapa yang tidak menerima BKC. Hal ini disebabkan, bayaran pertama BKC belum dilaksanakan.


TARIKH BAYARAN

Mesti ramai yang tertanya-tanya mengenai tarikh pembayaran BKC, jadi berikut adalah maklumat mengenainya.

  • Pembayaran akan bermula pada bulan Ogos dengan jumlah bantuan sehingga RM 500 mengikut kategori. 
  • Seterusnya, pembayaran seterusnya akan dilaksanakan pada bulan November dan Disember dengan jumlah maksimum bayaran adalah RM 500 dan RM 300 mengikut kategori anda.

MAKLUMAT LANJUT 

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan anda boleh hubungi talian hotline di                  
  • 1 800 88 2747

0 thoughts on “Cara Mohon Bantuan Khas Covid-19 (BKC)”

  1. Mendela… Tajuk cara untuk mohon sekli buka ckp xperlu plk utk memohon.. saje nk org bukak link dia.. jgn buat org tertnye² semate utk kepentingan diri sendiri

    Reply

Leave a Reply to Unknown Cancel reply