Cara Mohon Bantuan Khas NADMA RM 100 sehari

 

Sukacita untuk diumumkan bahawa Agensi Pengurusan Bencara Negara atau NADMA melanjutkan Bantuan Khas Covid-19. 

Agensi Pengurusan Bencana Negara atau NADMA merupakan sebuah agensi pengurusan kecemasan kerajaan Malaysia. NADMA berfungsi sebagai
  • penyelaras kepada agensi kerajaan yang terlibat dengan penguatkuasaan bencana.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KHAS COVID-19

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan untuk yang ditetapkan oleh kerajaan :

Pemohon seorang Warganegara Malaysia yang bekerja di Malaysia tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji kerana :

    1. menerima Perintah Kuarantin Covid-19 dari Kementerian Kesihatan                                      (ANNEX14/ANNEX17) di Bawah Seksyen 15 (1) Akta Pencegahan Dan                                Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

atau


     2. menjalani rawatan COVID-19 di wad hospital (Discharge Note / Medical Certificate).

SENARAI PEMOHON YANG TIDAK LAYAK
  1. Bukan Warganegara Malaysia
  2. Tidak bekerja di Malaysia atau tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian
  3. Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian/ menajalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19

JUMLAH BANTUAN

Kadar bantuan yang akan diberikan oleh pihak kerajaan kepada pemohon ialah
  • RM 100 sehari sehingga maksimum 14 hari 
  • Bayaran ialah secara one-off
  • Tertakluk kepada sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 atau 
  • Menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19

CARA PERMOHONAN 

1) Anda perlu sediakan/sertakan dokumen wajib seperti berikut :
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Surat Perintah Kuarantin COVID-19 atau Discharge Note / Medical Certificate dari hospital bagi pesakit yang dirawat kerana COVID-19
  • Salinan muka depan penyata bank / buku akaun bank yang masih aktif
2) Seterusnya, anda perlu muat turun dan lengkapkan dokumen berikut :

Borang permohonan Bantuan Khas Covid-19 (Lampiran A)
Borang Akaun Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)
  • Whatsapp 011-1321 8056 (hanya untuk penghantara dokumen sahaja, pertanyaan tidak dibenarkan) 
atau
  • email ke bkcovid19@nadma.gov.my
atau
  • Pos kepada

Alamat :


Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
62502 Putrajaya
(u.p. : Sekretariat KWABBN : Bantuan Khas COVID-19)

CARA BAYARAN

Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.

MAKLUMAT LANJUT 

Sebarang maklumat lanjut, boleh terus rujuk portal rasmi NADMA Bantuan Khas Covid-19 
              

0 thoughts on “Cara Mohon Bantuan Khas NADMA RM 100 sehari”

  1. Selamat tinggal abah covid 19, walau apa pun kenyataan, kisah untuk 2022 ini lebih jelas ternyata perilakuan dalam pentadbiran lalu iaitu adalah sebuah hasil buahtangan drpd PERASUAH yg kononnya bertanggungjawab Dan arif Menerajui pentadbiran negara yang mana telah pun kekeringan idea untuk melaksankan sesuatu bantuan sebagai ganti sekiranya salah satu daripd bantua Di mansuhkan tanpa kelonggaran,Hari ini rakyat boleh tepuk dada' tanya selera..apa yang menyukarkan abah" utk meneruskan Pentadbiran yg sdg dilaksanakan hanya sepruh jalan sahaja tempoh hari ?!! 2020.

    Reply

Leave a Reply to Unknown Cancel reply