Cara Mohon Bantuan RM 3,000 Yang Tutup Pada Pertengahan November – Mohon Sekarang

 APA ITU MUSAADAH TIJARIYYAH 2.0 ?

Bantuan Zakat Perniagaan Musaadah Tijariyyah ini merupakan salah satu usaha MAIWP bagi membantu serta meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak.


Bantuan ini adalah berbentuk perniagaan yang akan diberikan kepada penjaja kecil atau peniaga kecil yang terjejas sumber pendapatan agar dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh ini.

Bantuan ini akan diberikan kepada individu-individu yang ingin memulakan perniagaan / mengembangkan pernigaan dengan pemberian modal.

JUMLAH BANTUAN YANG DIBERIKAN

Jumlah bantuan yang bakal diterima adalah berjumlah
  • RM 3,000
  • Untuk setiap permohonan yang layak / lulus

SYARAT KELAYAKAN 

Syarat-syarat kelayakan yang dikehendaki untuk membuat permohonan Musaadah Tijariyyah 2.0 adalah seperti berikut :
  1. Warganegara Malaysia
  2. Menetap atau bermastautin di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya 1 tahun 
  3. Bermastautin di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau Putrajaya atau Labuan
  4. Tertakluk kepada Had Kifayah
  5. Bukan penerima bantuan Perniagaan Baitulmal MAIWP dalam tempoh 2 tahun dan Musaadah Tijariyyah 1.0

TARIKH PERMOHONAN

Bantuan ini mula dibuka pada 16 Oktober lalu sehingga 30 Oktober. Tetapi atas ramai yang belum mebuat permohonan atau terlupa, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melanjutkan tarikh permohonan sehingga
  • 18 November
Jadi bolehlah anda buat permohonan sebelum tutup.

PERNIAGAAN YANG DIBENARKAN

Berikut ialah senarai perniagaan yang layak untuk anda membuat permohonan
  • Perniagaan barangan kering seperti pakaian,kasut,aksesori,bahan ilmiah, produk kecantikan dan lain-lain
  • Makanan dan minimum
  • Perniagaan perkhidmatan seperti salun, gunting rambut, spa, urutan dan lain-lain
  • Produk-produk yang bercanggah dengan hukum syarak seperti perniagaan nombor ekor, perniagaan yang melibatkan alkohol dan lain-lain tidak akan dipertimbangkan

DOKUMEN UNTUK PERMOHONAN

Pemohon haruslah menyediakan beberapa dokumen seperti berikut untuk membuat permohonan
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan
  • Surat akaun sumpah pendapatan pemohon dan pasangan
  • Salinan lengkap SSM yang masih aktif
  • Satu salinan penyata akaun / surat pengesahan akaun bank individu yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini (kecuali Tabung Haji dan ASB)

TAPAK LOKASI PERNIAGAAN YANG DIBENARKAN

Sila baca maklumat dibawah dengan teliti 

1) Premis perniagaan boleh sama ada di dalam atau luar Wilayah Persekutuan

2) Premis atau kedai yang berada di luar Wilayah Persekutuan boleh dipertimbangkan bagi kes-kes seperti berikut :
  • Perniagaan bergerak
  • Premis berada di kawasan Lembah Klang / Kuala Lumpur / Selangor
  • Pelatih / penghuni di bawah institusi MAIWP tidak terikat dengan kawasan Lembah Klang

CARA PERMOHONAN

Terdapat 2 kaedah permohonan yang anda boleh lakukan :

1) Muat turun borang permohonan melalui laman web MAIWP
2) Mengambil borang melalui di Pusat Agihan Zakat (PAZA)

0 thoughts on “Cara Mohon Bantuan RM 3,000 Yang Tutup Pada Pertengahan November – Mohon Sekarang”

  1. Tlg gkp 4.0 fasa 2 dbyar 2 november.. Bkc xdpt bkp xdpt bpr xdpt..mohon pihak kerajaan percepatkn gkp 4 fasa 2 dbyar seawal 2 november..nk buat utk pusing modal beli brg utk bniaga..🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏

    Reply
  2. Gkp fasa 1,2 lulus tapi tak kredit, alasan no akaun. Dah kemaskini no akaun tapi tetap tak kredit. Dah rayu pada tengku zafrul dan pm tapi sunyi saja. Tengku dan pm jika tuan memang ada niat ikhlas nak bantu rakyat macam saya tolonglah tunaikan niat dan janji dan jangan adakan seribu alasan. Saya tidur disimen yg keras, tuan tidur di tilam yg empuk, mungkin tidak memahami kesusahan kami. Mohon perkenankan rayuan saya ini. Kalau nak beri, berilah. Kalau tak boleh, jawablah email saya ini. Tidaklah saya jadi sibodoh yg tak faham bahasa

    Reply
  3. Suami di buang kerja pada hujungb bulan 6..jadi epf start tidak potong bulan julai(7). Tapi bantuan di beri pada yg kena potong sskrg2nya brmula bln 4,5,6..knp start bln 7 xdpt.. Brlaku lh adil, suami sy pn d buang kerja dan skrg hilg sumber pndptn.. Knp xberi sama adil pd yg nama nya di buang kerja… Harap d prtimbgkan.

    Reply
  4. Saya ibu tunggal tanggung anak 8org..2 masih bersekolh..tangung lg seorg anak oku…kerja sdiri jualan kuih dirumh…seblum ni ade mohon bpr..pasa 1 dpt …naik pasa kedua x dpt…saya ade mohon gkp dpt sekli .nk mohon blk bpr blk macam ne ya..sebab Pendapatan saya x cukup untk menyara anak2 dlm tangungan saya.hrp dipertimbngkn

    Reply

Leave a Reply to Unknown Cancel reply