Cara Mohon Bantuan Telefon Dan Internet Untuk Rakyat Malaysia

 

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah mengumumkan bantuan peranti mudah alih dan internet untuk Rakyat Malaysia dinamakan Pakej Rema Keluarga Malaysia dan Peranti Keluarga Malaysia.


TUJUAN BANTUAN
 
Bantuan ini bertujuan untuk memastikan setiap rakyat mempunyai akses internet pada kos yang murah terutamanya bagi golongan pelajar dan remaja serta mereka yang berpendapatan rendah.

PAKEJ REMAJA KELUARGA MALAYSIA

Pakej ini merupakan sebuah pakej prabayar (postpaid) khusus kepada golongan remaja dan pelajar termasuk pascasiswazah.

Melalui pakej ini, mereka akan menikmati internet dengan bayaran hanya RM 10 sebulan (dibayar RM 30 untuk 3 bulan) bagi menikmati data sebanyak 20GB untuk 3 bulan.

Ditambah lagi dengan 1GB percuma setiap hari selama 3 bulan (90GB) untuk aktiviti produktiviti seharian.

Untuk data 20GB tersebut, mereka boleh menggunakannnya untuk aktiviti seperti penghantaran mesej, melayari internet, memuat turun video, permainan dalam talian dan aktiviti berbentuk hiburan lainnya.

Manakala untuk data 1GB percuma setiap hari, boleh digunakan untuk aktiviti pembelajaran atas talian serta bekerja dari rumah.

PAKEJ PERANTI KELUARGA MALAYSIA

Pakej ini adalah sebuah pakej yang membolehkan rakyat Malaysia memiliki atau menaik taraf kepada peranti mudah alih dan VoLTE secara percuma.
  selama 12 hingga 24 bulan dan tertakluk kepada jenis peranti dan perkhidmatan yang dilanggan.

Menerusi pakej ini, pengguna juga akan menikmati 1GB data percuma untuk aktiviti produktiviti.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan dibuka bermula 15 Oktober 2021 sehingga 15 April 2022 depan.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Untuk membuat permohonan, orang ramai perlu berhubung dengan syarikat komunikasi yang terlibat dengan pelaksanaan kedua-dua pakej ini.

Pengguna yang layak boleh melanggan pakej ini dengan menggunakan kad pengenalan yang sama.

Berikut adalah senarai syarikat komunikasi yg terlibat :
  • Maxis 
  • Digi
  • Celceom
  • TM
  • Umobile
  • YTL

0 thoughts on “Cara Mohon Bantuan Telefon Dan Internet Untuk Rakyat Malaysia”

  1. Saya amat memerlukan Bantuan Peranti Keluarga Malaysia ini utk membeli talipon pintar yg baru serta menambah baik sistem peranti yg paling terkini

    Reply
  2. Saya ibu pada 3 anak.. mana yg bersekolah . sangat penting untuk memastikan proses pelajaran x terjejas teruk.jadi penting untuk saya dapat Talipon yg lebih baik . demi masa depan anak saya

    Reply

Leave a Reply to Unknown Cancel reply