Cara Mudah Daftar MyBSN Melalui Online Sahaja !

 

Pembayaran untuk Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dikreditkan tidak lama lagi. Kepada pemegang akaun Bank Simpanan Nasional, anda akan menjadi antara yang terawal untuk menerima bantuan tersebut.

MyBSN adalah cara login akaun BSN secara online yang diperkenalkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) yang bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pelanggan menyelesaikan transaksi atau apa-apa urusan berkaitan bank.

Kepada yang belum memiliki MyBSN, anda disarankan untuk membuatnya untuk urusan yang lebih mudah.

Panduan Daftar MyBSN


Berikut merupakan panduan untuk anda mendaftar MyBSN secara online sahaja.

1. Layari porta rasmi BSN di : https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do
2. Klik butang ‘Register’ yang terdapat untuk keahlian baru.
3. Baca kesemua terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh BSN. Untuk menggunakan perkhimatan MyBSN, anda perlu tandakan pada ruangan ‘setuju’ atau accept.

4. Seterusnya, isi No Kad Bank anda berserta nombor CVV2 iaitu nombor 3 digit yang terdapat di belakang kad bank anda. Setelah selesai, masukkan juga tarikh luput kad pada ruangan ‘Expire date’.
5. Seterusnya masukkan nombor kad pengenalan anda seperti biasa.

6. Setelah selesai masukkan username pada ruangan ‘username’ yang disediakan.

7. Masukkan kata laluan yang lebih daripada 8 angka pada kotak ruangan ‘password’. 

8. Seterusnya, ‘request OTP’ dan sahkan nombor telefon anda yang telah didaftarkan untuk        akaun BSN dan tekan ruangan ‘Confirm’


9. Kod OTP akan dihantar melalui SMS kepada nombor telefon yang anda daftarkan.

10. Pilih satu sahaja gambar pilihan dalam ‘online image’ tersebut. Kegunaan gambar ini adalah untuk pengesahan semasa setiap kali anda login ke MyBSN.

11. Tekan butang ‘submit’ dan pendaftaran MyBSN anda berjaya.


Cara Login MyBSN

Setelah berjaya daftar MyBSN, berikut merupakan langkah untuk log masuk.

1. Sila ke portal rasmi BSN seperti biasa.

2. Masukkan username yang anda telah daftarkan.


3. Buat pengecaman Online Image yang anda telah pilih.

4. Masukkan password yang anda telah daftarkan.

5. Isikan maklumat peribadi anda setelah mengakses masuk,

6. Pilih soalan rahsia anda berserta jawapan.

7. Berjaya !

0 thoughts on “Cara Mudah Daftar MyBSN Melalui Online Sahaja !”

  1. Sy dh register my bsn..tp x bleh log in..sebelum nie bleh je..yew suruh g bank BSN untuk kemaskini..dgn keadaan skrg mmg sy pilih untuk duduk di rumah..

    Reply
  2. Masa sy buat kad bank tpi sy daftar dgn nom fon lain..tpi nom yg sy daftar tuh..sudah mati nom tu..mcn mna ya..blh ke klu nk daftar mybsn online guna nom yg skrng ni

    Reply
  3. saya dah cuba buat dan ikut semua langkah2 untuk daftar cara tu,tapi tak dapat sebab nombor telefon lama,sekarang ni saya dah guna nombor telefon baru,jadi macam mana cara untuk tukar maklumat nombor telefon saya sekarang?

    Reply

Leave a Reply to Unknown Cancel reply