Cara Pendaftaran E-Kasih 2024

Di bawah pangkalan data e-Kasih terdapat data golongan miskin dan miskin tegar yang disahkan layak menerima pelbagai bantuan tunai oleh kerajaan dan mana-mana agensi yang ingin menyalurkan bantuan. Justeru, sekiranya rakyat yang memerlukan bantuan hendaklah mendaftar dengan e-Kasih.

Bagaimanakah pendaftara eKasih? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

PENGENALAN EKASIH

E-Kasih bukan sebuah program bantuan kerajaan tetapi adalah sebuah pengkalan data di bawah pengendalian Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).

Ianya ditubuhkan pada 2007 sebagai sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi memudahkan agensi-agensi pemberi bantuan untuk memilih golongan yang betul-betul layak menerima bantuan di bawah program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan seperti poverty mapping dan pemantauan kemiskinan.

Ianya mengandungi data mengenai isi rumah kategori miskin dan miskin tegar berdasarkan pendapatan garis kemiskinan (PGK) semasa. Data ini akan digunakan kementerian/agensi yang memberi bantuan menerusi program-program pembasmian kemiskinan. Ianya juga menyimpan segala rekod bantuan yang diterima oleh individu, Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR)

SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN EKASIH

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan untuk pendaftaran e-Kasih

  • Warganegara Malaysia
  • Golongan yang berpendapatan berdasarkan PGK semasa
  • Setiap Ketua Isi Rumah yang berpendapatan kurang RM1,500 sebulan bagi kawasan bandar atau RM1,000 sebulan bagi luar bandar
  • Golongan yang tidak berada dalam kawasan perkampungan Orang Asli, kawasan FELDA dan kawasan estet/ladang yang mempunyai pentadbiran sendiri

PENDAFTARAN e-KASIH

Individu yang ingin mendaftar boleh merujuk ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN).

Individu atau orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah melalui

  • telefon
  • surat
  • emel rasmi
  • membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

PERMOHONAN ONLINE e-KASIH

Permohonan eKasih boleh dilaksanakan secara dalam talian melalui portal rasmi e- Kasih

  • ekasih.icu.gov.my

Menerusi sistem ini, pengguna boleh membuat :

  • Semakan status kemiskinan secara dalam talian
  • Penyelaras maklumat bantuan
  • Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara dalam talian
  • Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita
  • Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
  • Pemantauan kemiskinan