Cara Reset ID atau Password i-Akaun KWSP Sekiranya Lupa

 

Apa Itu i-Akaun

i-Akaun adalah untuk memudahkan urusan pengurusan wang EPF KWSP, ahli digalakkan untuk register i-Akaun.

Kemudahan yang ditawarkan oleh i-Akaun KWSP 

  • Kemaskini maklumat peribadi
  • Semakan kelayakan pengeluaran
  • Semakan baki simpanan
  • Semakan penyata KWSP akaun 1 dan 2
  • Semakan rekod caruman
  • Transaksi caruman KWSP terkini

Perkara Yang Diperlukan Sebelum Cara Reset

  • Mempunyai i-Akaun KWSP
  • Merupakan ahli KWSP
  • Mempunyai nombor telefon yang aktif dan telah berdaftar dengan i-Akaun KWSP untuk urusan TAC
PENTING !

Pendaftaran nombor telefon boleh dilakukan di mana-mana Kios atau Kaunter KWSP.

Cara Reset ID / Kata Laluan i-Akaun KWSP

Panduan ini terbuka kepada ahli yang memiliki masalah seperti lupa ID i-Akaun serta kata laluan sahaja. Sekiranya anda belum memiliki i-Akaun, boleh rujuk disini : Cara buat i-Akaun KWSP


Berikut adalah cara reset :
  • Layari laman web rasmi KWSP : https://www.kwsp.gov.my/
  • Klik Log Masuk ke i-Akaun (Ahli)
  • Klik Lupa ID Pengguna / Kata Laluan ?
  • Pilih salah satu bantuan yang diperlukan (ID Pengguna Sahaja / Kata Laluan Sahaja / ID Pengguna dan Kata Laluan)
  • Sila isi nombor kad pengenalan ahli atau nombor EPF (nombor ahli KWSP)
  • Klik permohonan TAC untuk mendapatkan nombor TAC 
  • Semak telefon bimbit anda yang telah didaftarkan untuk TAC dan Klik Sah
  • Makluman TAC dihantar ke nombor telefon anda.
  • Isikan 6 digit nombor TAC yang diterima melalui SMS dan Klik Seterusnya
  • Cipta Kata Laluan Baharu
  • Skrin pengaktifan berjaya akan dipaparkan
  • Ahli boleh terus login.

0 thoughts on “Cara Reset ID atau Password i-Akaun KWSP Sekiranya Lupa”

Leave a Reply to yatijamari32@gmail.com Cancel reply