Cara Semak/Check Pembayaran i-Sinar

 

Pembayaran i-Sinar telah pun bermula pada 5 Januari lalu. Pembayaran tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat.

Kepada mereka yang masih tidak tahu atau ingin mengetahui lanjut berkaitan jadual pembayaran i-Sinar boleh rujuk disini Jadual Pembayaran i-Sinar.

Sekiranya anda masih bingung sama ada duit i-Sinar anda telah masuk ataupun tidak, silalah baca panduan mudah untuk menyemak pembayaran i-Sinar.


Cara Membuat Semakan Pembayaran i-Sinar

Terdapat beberapa yang anda boleh lakukan untuk menyemak pembayaran i-Sinar.

1. Melalui i-Akaun KWSP

Berikut merupakan cara melalui i-Akaun
  • Sila layari portal rasmi i-Akaun di https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  • Masukkan username dan password anda.
  • Kemudian klik ruangan ‘Withdrawal’.
  • Setelah itu, klik pula ruangan ‘Withdrawal History’.
  • Seterusnya, klik pada kolum kedua yang mempunyai paparan i-Sinar.
  • Anda akan dipaparkan tarikh bayaran i-Sinar yang telah dikreditkan.
  • Pembayaran dilakukan secara berperingkat.
2. Melalui Portal Rasmi i-Sinar 

Berikut merupakan cara sekiranya anda ingin menyemak menggunakan laman web i-Sinar
  • Layari https://isinar.kwsp.gov.my/check-status
  • Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon yang didaftarkan semasa permohonan i-Sinar.
  • Klik captcha “Saya Bukan Robot”.
  • Isi recaptcha.
  • Klik semak status.
  • Paparan status dan maklumat pembayaran akan dimaklumkan disitu.
3. Melalui SMS Daripada Pihak KWSP

Sekiranya pembayaran telah dikreditkan ke akaun bank anda, KWSP akan menghantar sebuah SMS untuk memaklumkan kepada anda.

Semakan Jenis Bayaran 

1. Bayaran Secara Kredit Ke Akaun Bank

Sekiranya anda memilih pembayaran secara kredit, anda akan menerima bayaran sebelum 15 Januari 2021 secara berperingkat.

2. Bayaran Melalui Arahan Bayaran (PO)

Jika anda memilih pembayaran melalui PO, anda akan menerima Notis Pengambilan Bayaran daripada pihak bank sebelum 19 Januari 2021 nanti.


0 thoughts on “Cara Semak/Check Pembayaran i-Sinar”

  1. Saya 3 hari je proses dia , check dlm bank duit dh masuk , and esok pagi dh dpt notis mesej dari kwsp duit dh masuk , ingt buat harini kena tunggu berpa hari rupanya skjp je 😅

    Reply
  2. Saya tk dpt sama amount I sinar yg telah diluluskan tk ikut kelulusan yg dah lulus mcm ada tangan gahib yg mengambil saya akan lapor pada polis

    Reply
  3. Saya pulak dah lulus K2..dah ada pembayaran bulan jan and feb ..masalah nya yg utk bulan mac ni sy cek kat i akaun sy status pending..kenapa x mcm lain active..

    Reply
  4. Ehh sama lah …saya punya dah lulus sebelom 16 January hari tu…tpy tak msuk jgk lgy duitnya..yg saya dapat I lestari punya pembayarn je

    Reply
  5. saya mahu bertanya .saya telah menggunakan akaun bank yang telah tutup . adakah saya perlu memindah akaun bank yang baru ?duit kwsp saya tidak boleh masuk disebabkan akaun bank telah tutup .

    Reply

Leave a Reply to Unknown Cancel reply