Cara Semak Nombor Baucar Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 2


Panduan ini adalah untuk penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang gagal dikreditkan ke akaun bank atau yang tidak mempunyai akaun bank untuk pembayaran.

Untuk pengetahuan anda, terdapat segelintir penerima yang tidak mempunyai akaun bank untuk pembayaran BPR serta terdapat penerima yang gagal menerima bayaran walaupun memiliki akaun bank.

Peringatan : Anda perlu membawa kad pengenalan sewaktu ingin ke mana-mana cawangan BSN untuk menerima pembayaran tunai.

Nombor Baucar/Siri BPR

Nombor baucar ini adalah kepada sesiapa yang tidak memiliki mana-mana akaun bank untuk menerima bayaran. Selain itu, ia juga kepada penerima yang gagal kredit ke akaun bank untuk menerima pembayaran.

Oleh itu, anda boleh mengeluarkan bayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

Tarikh Penebusan Baucar

Kepada penerima BPR Fasa 2 yang menggunakan nombor baucar, anda boleh memulakan penebusan bermula 17 Mei 2021.

Cara Semakan Nombor Baucar BPR

Nota : Langkah dibawah ialah diambil daripada langkah semakan baucar  BPN 2.0 yang kemungkinan serupa.

  1. Layari portal rasmi BPR https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Masukkan nombor MyKad anda di ruang kosong
  3. Tekan butang ‘Semak’
  4. Kemudian, anda telah masuk ke portal sistem BPR anda.
  5. Berikut ialah maklumat yang dipaparkan.
  • Nama
  • Fasa
  • Jumlah bayaran
  • Status kredit
  • Tarikh tunai
  • Nama tunai bank
  • Nama bank
  • No akaun bank
  • Kod tidak berjaya 
  • Nombor baucar
Sila beri perhatian kepada maklumat nombor baucar, terdapat  nombor baucar BPR fasa 2 akan dipaparkan pada bahagian tersebut.

0 thoughts on “Cara Semak Nombor Baucar Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 2”

Leave a Reply to Unknown Cancel reply