Cara Tebus Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) RM 500 Dengan Mudah !

 

Untuk pengetahuan anda, Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) telah mula dikreditkan secara bermula pada Selasa 26 Oktober 2021 lalu. 

Pembayaran bantuan dilaksanakan secara terus ke akaun bank dan secara tunai melalui kaunter BSN berdekatan anda.

Individu yang menerima semakan “TUNAI” haruslah menebus bayaran bantuan melalui kaunter-kaunter bank BSN berdekatan.

BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN

Bantuan ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang kehilangan sumber pendapatan atau kehilangan pekerjaan dalam tempoh pandemik ini.

Langkah ini merupakan untuk membantu rakyat yang kehilangan sumber pendapatan akibat pembuangan kerja yang dilakukan oleh para majikan untuk mengatasi krisis ekonomi.

JUMLAH BANTUAN

Jumlah bantuan yang diumumkan ialah seperti berikut :
  • Berjumlah RM 500 seorang bagi yang layak
  • Pembayaran dilaksanakan secara one-off
SEMAKAN BKP

Untuk mengetahui sama ada anda perlu membuat penunaian di bank atau tidak anda perlu membuat semakan terlebih dahulu.

Semak boleh dibuat disini : https://bkp.hasil.gov.my/
KAEDAH BAYARAN


Terdapat 2 kaedah bayaran sahaja seperti yang dimaklumkan di atas, berikut ialah perincian bayaran.

1. Kaedah Bayaran Kredit ke Akaun Bank
  • Kaedah ini bermaksud pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang anda daftarkan
  • Untuk mengetahui anda menerima kaedah seperti ini, setelah anda membuat semakan paparan ‘KREDIT AKAUN BANK‘ pada telefon pintar anda.
2. Kaedah Bayaran Tunai 
  • Pembayaran akan dilaksanakan secara tunai melalui kaunter BSN berdekatan
  • Anda akan menerima paparan kaedah bayaran ‘TUNAI’ setelah membuat semakan BKP.

CARA MENEBUS RM 500 MELALUI KAUNTER BSN

Berikut adalah panduan untuk anda menerima bantuan tunai RM 500
  • Anda hanya perlu hadir di mana-mana kaunter BSN berdekatan dengan lokasi
  • Anda hanya perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke cawangan BSN dan kemukakan pada staff yang bertugas nanti
  • Hanya wakil yang didaftarkan sahaja yang boleh mewakilkan penerima untuk membuat penenbusan

0 thoughts on “Cara Tebus Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) RM 500 Dengan Mudah !”

  1. inilah Yang begitu mengecewakan sudah kehilangan kerja,sudah lama tidak mempunyai perkerjaan hidup susah ditambah lagi dengan kesan pandemic,taktau nak harus bagaimana lagi kerja da usaha cari tapi tak dapat,dan sekarang kerajaan umum bantuan bkp ni dengan harapan yang begitu besar semoga dapat bantuan ni tetapi bila check tak lulus?inilah bantuan yang boleh di ibaratkan bantuan pilih kasih,kerajaan kata nak bantu rakyat yang kehilangan pekerjaan tapi sekarang buktinya takdapat padahal keadaan sekarang ni sangat tenat?sangat menyedihkan kerajaan nak bagi bantuan pun pilih kasih

    Reply
  2. Terkilan saya tak dapat bantuan bkp ni sedangkan saya dah lama tak bekerja harap kerja kampung ja boleh la sikit2 UTK ank bini mkn,kata bantuan kehilangan pendapatan tapi ramai yg hilang pendapatan tak dapat pun itulah kerajaan sekarang ni hanya pilih kasih yg masih ada caruman di KWSP saja yg dapat tapi tak pa saya redho mungkin bkn rezeki saya terima kasih semua nya.

    Reply
  3. Ya, sepanjang tempoh pandemic dan pelbagai bantuan dr kerajaan yg I terima kalau x silap hanya 2 kali. Sebab x dpt selepas tu, alasannya bini I bukan warganegara. Nasib baik ada simpanan duit sendiri ya
    kat KWSP….tapi it's okay..just to share shj..

    Reply
  4. saya dari mula covit dah kena berhenti kerja kenapa saya tak dapat bantuan ini saya dah hampir putus asa dgn duit tak ada hutang bersepah dapat duit kwsp semua bayar hutang je tiap bulan macam mana saya nk hidup

    Reply
  5. Indeed ! Should not take Data from epf And Perkeso.. Really unfair and dissapointed of it. Walaupun Suami/isteri seorang je Ada kerja ada income,tapi Gaji pun sIkit je,mana cukup bagi sekeluarga,bagi masih bayar rental fee lagi dan sebagainya..aduhai..ingat dapat bantuan ni boleh bayar rental bulan ni,����Open yours both eyes and see,ist fair to us????

    Reply
  6. Walaupun saya kategori B40,banyak yg saye perlu kena bertanggungjawab atas keluarga saya, harap² dapat laa bantuan ni,klau tak dapat kerajaan memang pilih kasih

    Reply
  7. Saya pn sedih…last saya mencarum KWSP buln 12 2020…lpas tu hilang kerja…ingatkan dapat…bila saya cek…jwpan nama tiada dlm snrai pnerima…sapa sbnarnya yg layak dpt..MOF sila jwap …

    Reply
  8. Kenapa yg tiada caruman kwsp dr april-june 2021 shj sepatutnya shingga september 2021 sekurangnya…
    Saya kehilangan pekerjaan pada jun2021 jd ada caruman kwsp utk april dan may sebab itu saya tk layak…
    Harap dpt dipertimbangkan kes seperti saya ini

    Reply
  9. SayaSaya ni baru lepas aexcide semasa nk pergi kerja,masalahnya majikan saya tempat kerja tak nk bagi kerja sama saya baru kja 3 bulan KWSP saya tak tahulh sama ada potong atau tidak, dan sekarang ni saya nk kerja semua tak ambil saya PERKESO pun bagi duit pun baru sekali buat pembayaran saya nk kesana sini kereta tak ada ,nk kena sewa,ank 5org 2 masih sekolah nk minta apa bantuan pun tak dapat dulu saya e kasih sekarang ni tak ada pulk yg susah tak di tolong org kaya yg dapat semua bantuan pilih kasih kerajaan sekarang ni.saya klu boleh dapat bantuan tiap bulan 300 sebulan cukup lh dapat ringankan bebanan suami saya kerja sebagai tukang rumah.

    Reply
  10. Saya dah lama tak kerja due to pendemik,minta check record kat EPF la, MACAMANA NI BUST KERJA , Jangan tutup sebelah MATA Buat kerja tu, Dapat tolong orang yg memerlukan utk survival hidup dapat Pahala nanti Allah balas.BKP?

    Reply
  11. Saya dari 2019 lagi dh diberhenti kerja dah lah tauke xbayar gaji. Sampai ke hari ni xkerja anak 3org sekolah pendapatan pon xtentu pening nk fikir kan bkp pon xdapat

    Reply

Leave a Reply to Unknown Cancel reply