Dividen KWSP Dijangkakan Lebih Tinggi Dengan Anggaran 5.5 ke 6.0 Peratus

Kuala Lumpur : Dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi 2021 dijangka akan lebih baik berbanding tahun sebelumnya dengan anggaran antara 5.5 ke 6.0 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 5.0 ke 5.5 peratus untuk Simpanan Syariah.

Menurut Prof Madya Ts Dr Anuar Shah Bali Mohamed dari Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE), Universiti Putra Malaysia (UPM), berdasarkan kepada situasi ekonomi pada 2021 khususnya suku keempat 2021, berkemungkinan dividen dijangkakan diumumkan oleh KWSP pada Isnin adalah lebih baik jika dibandingkan dengan 2020.

Tambah beliau, sebelum ini pada 2020, KWSP mengumumkan dividen sebanyak 5.20 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 4.90 bagi Syariah.

“Namun, berdasarkan situasi semasa dan KWSP juga mencatat pendapatan pelaburan kasar RM 48.02 bilion untuk sembilan bulan pertama berakhir 30 September 2021 dan itu peningkatan 7.7 peratus atau RM 3.42 bilion berbanding RM 44.60 bilion yang dicatatkan dalam tempoh sama bagi 2020.

“Selain itu, KWSP mencatatkan pendapatan pelaburan kasar sembilan bulan pertama berakhir 30 September 2021 lebih tinggi jika dibandingkan dengan tempoh sama 2020, ia juga disebabkan oleh pembukaan sektor ekonomi yang lebih menyeluruh terutamanya pada suku keempat 2021.

“Pembukaan sektor ekonomi ini berjaya memberikan impak positif kepada negara dan juga KWSP. Hasilnya Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia meningkat sebanyak 3.6 peratus pada suku keempat 2021.

“Pertumbuhan positif ini juga memberikan gambar jelas berkenaan situasi ekonomi negara yang berada di landasan untuk pemulihan daripada kesan C0vid-19 dan PKP.

“Peratusan  kadar pengangguran juga menurun kepada 4.2 peratus pada Disember 2021 jika dibandingkan pada kemuncak Pada Mei 2020 iaitu sehingga 5.3 peratus,”katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, semua faktor ini termasuk langkah strategik yang diambil oleh KWSP sendiri antaranya mempelbagaikan portfolio KWSP berjaya membantu dalam peningkatan pendapatan pelaburan kasar.

Sumber : Harian Metro

0 thoughts on “Dividen KWSP Dijangkakan Lebih Tinggi Dengan Anggaran 5.5 ke 6.0 Peratus”

  1. tunggu esok pembentangan isu kwsp 10 k one off akan di bawah ke parlimen.1 mac 2022 jam 12 tgh.semoga di peemudahkan segala urusan pencarum² di luar sana.Aamiin��������������������������️��️��️��️

    Reply

Leave a Reply to Unknown Cancel reply